share! rate this site UPGRADE create website login
Zoomshare resources

Alumni Maktab Perguruan Lembah Pantai

SEMBANG!

Subscribe: Add to Google Add to My Yahoo! Subscribe in NewsGator Online Add to My AOL


Tue, 08 Jul 2008
Reunion 7

Mai sembang sini la pulak
Posted 03:42

122 comments


minum petang
aku nak keluar gie minum ptg dan program parti. mcm mana dgn persiapan Nal ok ke... kayuh slow- slow tau, bila nak bagi design topi tu...,


emmmm.....
Tn Hj Enol bila aku tgk gambar awak di reunion Perak tu sejuk hati aku. Kau kirim salam pada Suhaimi (ragbi player) mplp dan zamri tu ye... hansem-hensem belaka.....,


Jumpa lagi 27 ni..Perakian.
First of all thanx to bro Azman Shah kerana sudi menyeponsor tempat dan segala galanya utk pre perak tempoh hari.x lupa jugak utk Zamri. Apa apa pun memang kami seronok dapat berjumpa semula..walaupun x ramai namun cukup bermakna buat kami..itu belum 16 Ogos lagi. Harap2 pada perjumpaan yang kedua nanti lebih ramai yang akan hadir. ADLI..betul ke Issam Hai kat Gopeng? Blh x bagi number dia? Nak ajak dia join pre Perak ni nanti. Ooopss before terlupa, yang dlm gambar tu Yusri bukannya Zamri. Wife Yusri ada dalam gambar tu, Norziha Ahmad PSR PI2/88.
Posted by nett


SEPERTI YG DIJANJIKAN
OK KENKAWAN .. SURAT KE RTM AKU DAH EMAIL PADA ZAINAL DAN BUKHARI.. OK. TENTANG QNA.. SUDIN BOLEH KOTTT .. TAPI KALAU TAK BLH .. PLZ LET ME KNOW.. THEN AKU TOLONG BUATKAN. ITENTANG INSERT 5 MINIT INSYAALLAH .. UMAAT DEPAN SIAP.. INI PERLUKAN MASA DAN INSERT NI BOLEH DIGUNAPAKAI BILA BERSIARAN DI MANA MANA STESYEN TV. TENTANG PAPER PULAK.. SENANG JE CERITANYA. BERITA HARIAN.. / NST ..sapa nak cakap?? bagitau. METRO pulak sapa yg nak appear?? .. UTUSAN pulak sapa ?? CONTOHNYA .. harian metro .. yusri upsi akan becakap so .. aku akan mintak yusri .. creat cerita apa yg nak dikeluarkan.. gn gambar yusri .. so nanti member aku akan call yusri untuk urusan yg selanjutnya. macam tu jugaklahh paper2 yg lain. aku suggest yusri coz member tu tak jauh dgn upsi. manakala NST dan berita harian .. Syuhada Andullah kat KL .. so better zainal yg appear .. utusan pulak bagi le sesapa .. ok. maklumkan bila nak keluarkan news mplp tu dan sapa yg nak appear .. itu je. .. RADIO .. BILA NAK KELUAR CITER?? RASA NYE ITU SAJA DULU UTK KALI NI . TENTANG NAMA YUSRI BERTUKAR ZAMRI.. aku pun tak faham macam mana boleh berlaku .. by d way .. aku dah mintak bob betulkan.. dan dah betul pun.. so bagi diri aku yg dah veteran ni.. im so sorry my dear frnd yusri ... maafkanlah orang tua ni . ok terima kasih.
Posted by nasmy


Wah, dah masuk kamar ke-7 kita ni ya..
Salam sebuah cerita syahdu... malam tadi lewat jam 10 satu sms masuk ke hp aku. Ceritanya menarik sekali iaitu si pengirim itu menyatakan kesyaduannya ketita menatap baca blog ini. Dia terimbau masa lalu yang indah dan penuh nostalgik. Aku membalasnya dengan menyatakan bahawa itu maknanya bahasa 'roh' dan 'jiwa' kecintaan terhadap mplp masih segar. Dia balas balik, dan katanya; roh masih segar tetapi penuh kecelaruan. Aduh! tersentak aku membaca sms itu. Kenapa pula celaru? Nah, itulah yang dikatakan 'estetika nostalgia'! Teori al-Ghazali ini menyimpulkan bahawa manusia waras tidak boleh lari daripada sebuah masa lalu untuk berjaya dalam impian masa depan. Alamak ... berfalsafah pula aku ni? Oklah, kawan-kawan, nampaknya kita dah memasuki kamar ke-7. Hari yang kita angankan kian hampir. Masih ramai lagi yang belum mendaftar. Ramzi dah mula tempah makanan, aku akan berurusan dgn Mahyudin pasal dia nak sponsor topi. Tentang T'Shirt tu, kalau masing-masing sanggup bayar lebih sikit nanti aku tempah. Wahai, warga mplp yang dah lama menyepi itu, ke manakah dikau? Segeralah catatakan sesuatu di sini? Kehadiranmu kunantikan untuk mengubati kerinduan.... wahwahwahwah. syahdu syahdu ....
Posted by shamsudin


PENTING! Online Meeting 10 Julai 8.30pm
Geng, malam esok (Khamis 10 Julai 2008) pro tem co akan meeting di rumah Aziz Jantan bermula pukul 8.30 malam. Kita akan guna ICT sepenuhnya pada waktu tersebut. So, semua ahli yang ada internet connection di rumah (atau nak stayback di sekolah/office dan guna faciliti kerajaan yang kita dah bayar cukai pendapatannya), sila online dan masuk shoutbox dari pukul 8.30 mlm (bila dah masuk shoutbox tu, jangan lupa tulis nama dalam Guest tu! Nanti kita orang tak kenal malaun mana yang masuk ni hahaha!). Semua agenda meeting akan dipaparkan dalam shoutbox guna nama Aziz. members boleh terus bagi cadangan, bantahan, atau pandangan. Agenda utama : 1. Progress AJK Kerja. 2. Publisiti di Media massa (Namdot sila hadir di alam virtual!) 3. Pemilihan jurucakap publisiti 4. Pungutan yuran kehadiran 5. Pengesahan tempat di IPBA. 6. Tempahan makanan, cenderahati (topi akan di sponsor oleh Mahyudin, so wang RM15 yang telah dimasukkan ke dalam yuran akan di convert kepada T-Shirt). 7. Hal-hal lain (termasuk agenda menambah kolesterol melalui ruangan selera Dr Aziz hahaha!)
Posted by zainal


Enal,bundle,bob,lan johor
salam, enal!sorry la bro;aku tak sempat nak reply call semalam,meeting lama sangat,,aku la ni kat Unit Sukan JPJS,tapi boleh la aku usahakan untuk dapat letter head tu,,he!He! Bob? amacam dok sekolah? pi la masuk kat IPG,,kira ok la semalam Lan Johor call aku,,x pe lan nanti aku usahakan.. buat bundle,,aku dah insaf dah woi,,hang ingat lagi ngan mahaguru...lagi terukkan!tengah pakai stokin pun sempat pegang teropong,,Ok Enal aku minta maaf


10 Julai 2008
Wah...tahniah dapat buat online meeting. Insyaallah ada kelapangan aku akan join...kira untuk mula ni guna shoutbox pun ok la...sket masa lg kita cuba pula guna YM buat live conference...yang ni kena ada web cam...Tahniah enal. Pak Lah sapa tuan teropong tu...hahahaha...aku skrang ni masih di Jitra juga...sekolah jauh banyak dari sekolah dulu...IPG tu bukan tak mau tp tunggulah dulu...buat masa ni kekosongan tu jauh sikit jd aku malas la...insyaallah tahun depan aku apply kot...tuan hj sudin apa khabar sejak balik indon ni...man namdot, aku dh buka emel hang...aku kagum ngan pengalaman hang dalam soal penerbitan ni...ayat2 org penerbitan ni best jugak no...moga pre reunion 2 korang berjaya.
Posted by bob


Tahniah Perak
Aku berasa bangga dengan kawan2 semua. Tahniah dengan geng Perak kerana berjaya mengadakan perjumpaan tempoh hari. Walau pun tak ramai yang hadir aku dapat rasakan akan kemeriahannya. Terima kasih dan tahniah kepada Man Namdot kerana berjaya melaksanakannya. Man bajet untuk 60 orang hadir ke perjumpaan tersebut, tapi yang datang cuma lebih kurang 20 orang termasuk anak2. Ok lah tu. Tapi dengar kata Perak nak buat sekali lagi. Wow... semangat betul tu. Dua malam lepas aku bersama Ramli berjumpa dengan bekas pensyarah kita iaitu Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Dia bukan main gembira berjumpa dengan bekas anak murid yang suatu ketika dulu nakal2 ni. Dia pun teringin nak join Reunion kita nanti. Ok dulu, kepada Pahang selamat mengadakan perjumpaan nanti. Petang ni beberapa AJK akan ke IPBA untuk melaksanakan tanggungjawab yang diperuntukkan. Doakan semuanya sukses.
Posted by ramzi


Virtual Meeting
Hah, Bob, hang memang kena masuk online meeting, jangan nak bagi alasan baca yassin malam jumaat la, permintaan kaum ibu la, apa apa lagi lah hahaha! Kalau Mahyudin tu aku faham la, permintaan kaum ibu-ibunya memang sangat tinggi hahaha! Pasal VM ni, kan bagus kalau ada video conferencing facilities, tak payah susah2 kuar rumah atau outstation, boleh meeting online sahaja. In the future, kita punya reunion pun boleh buat online jugak, shake hand online, peluk online, makan pun virtual and online, ambik gambar makanan then tengok aje boleh kenyang, amacam? geliga tak otak aku? aku rasa bab makan online tu ramzi mesti bangkang punya hahaha!
Posted by zainal


GUNA SKYPPE LE KAWAN
aku masuk kejap jer ni k TOLONG GUNAKAN SKYPPE.. MUDAH DAN BOLEH VIDEO COMFRENCING UTK LUAR KAWASAN. KALAU RAMAI SANGAT .. AMBIL AUDIO SAJE TAK PERLU VIDEO .. KHUSUS YG NAK DCIDE KEPUTUDSAN .K BYE
Posted by nasmy


virtual meeting & skype
hebat idea ko enal...sampai makan pun online gak...hhehehe memasing hidang la juadah pas tu pakat2 tengok2 dan makan yang masing2 no...hahaha. Ok la cadangan namdot pun ok tu...guna skype. Ha pi kat sini untuk download...senang saja. http://www.download.com/Skype/3000-2349_4- 10225260.html?hhTest sementara tunggu esok, hari ni boleh cuba try test dulu skype...any problem boleh tanya kat pak cik google dan pak cik yahoo...
Posted by bob


Makan Virtual
Ok apa Bob, makan virtual! Boleh jimat belanja! Lepas ni kenduri kahwin pun virtual, hari raya virtual (kad raya virtual dah ada). Tak lama lagi, indah water pun bagi service virtual juga, so korang tak yah gi tandas, buat "business" pun virtual hahaha!!!!
Posted by zainal


Car Sticker
Salam. Cuma cadangan..why not instead of tshirt, apa kata buat car sticker. Bukan apa, kalau tshirt lagi susah kerja sebab nak order ikut size. Kang silap2 tak muat..almaklumlah size sekarang dah lain. Lagipun kalau tshirt terhad sikit pemakaiannya. Tapi kalau car sticker kita senang nak identify xmplp.Lagipun kadang2 ada di antara kita yang x kenal dan x cam muka so dengan adanya car sticker memudahkan kita tahu bahawa yang ada dlm kereta tu xmplp. Macam jugak x mrsm students, diorang guna car sticker Ansara. Namun walau apa pun, ini hanya cadangan saya. Selamat bermesyuarat buat semua bro pro tem. Kalau guna YM boleh jugak tengok u all makan apa kat rumah Dr. Aziz mlm. ni. So all the best.Wassalam.
Posted by nett


Pre Reunion di Kelante xdo ko
Xdo ko nak wat pre reunion di kota baru, geng2 di kalate ramai tp xdoh sore pun nak jd kemudi. Kalau nak wat beberapo geng mplp d besut nok join skali - zaki yop, wan zulkarnain, nordin, wan md noor n zulms. Watlah weh
Posted by zulms


Mana perginya geng2 pantai timur ni?
Salam. Malam tadi adalah malam paling indah dalam dunia aku. 3 jam menjadi pendengar dan membaca hati sang kekasih mplp benar-benar menghiburkan. Bahagia. betul tu kata Zulms, mana perginya geng2 pantai timur. Setahu aku, dulu Enal dah mulakan pertemuan. Zamri dan Marzuki pakat-pakat le cari kekawan kita yang lain tu. Sekurang-kurangnya kita semua tahu kekawan kita tu sihat atau tidak. Perak, Johor, dan utara dah bertemu. Mereka juga mencadangkan agar pada reunion kita nanti, pertandingan sukan perlu mengikut zon. Itu cadangan yang baik. Aku rasa nanti, pasti zon selatan yang menang sebab wak hashim kuat makan tempe. Cadangan Nett tu ok juga. Tapi kita bawa meeting malam ni. Semalam, aku, ramzi, sukri, enal dan hamzah bertemu di IPBAR. Rasanya budget tentang makanan dah selesai. Ada kambing golek lagi menu malam bbq tu. Aku rasa rugilah kalau kau orang tak ikut reunion kita nanti. Sebabnya tak tahulah boleh buat lagi atau tidak. heehhe. cepat-cepat daftar weeee.
Posted by shamsudin


Virtual Meeting
Pasal meeting malam ni, nampaknya kita dah ada satu lagi cadangan yang bernas daripada Jaring (Nett). Car sticker tu aku setuju bebenor. Logo yang bob reka tu memang dah cantik sangat dan boleh digunapakai. Bagi yang tak ada kereta, kita bagi helmet sticker. Tampal kat kepala helmet tu, jangan tampal kat visor pulak, nanti tak nampak jalan hahha! Semalam aku dengar jugak cadangan merapu dari kengkawan, nak bagi door gift pada hari reunion nanti - iaitu mercun! umang ai, gilo ko apo si sukri ni! mana nak cari mercun oi! lagipun mercun dah diharamkan! Jadi untuk tidak menghampakan harapan si sukri yang nak main mercun, kita akan bagi dia mercun virtual la jugak! pom! pom! pom!
Posted by zainal


Salam dari Utara
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga xmplp. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada proteam yang telah berjaya mengeratkan ukuwah dan silaturahim sesama kita. Kami di utara ini berdoa agar reunion kita ini akan berjaya. Tahniah juga kepada team Perak. Bahagianya tengok kawan-kawan yang dah bertukar rupa. Yang penting anda semua masih sihat dan dirahmatiNya. Kepada kekawan di Kedah & Perlis reunion utara 2, Insya Allah akan diteruskan. Masa pendaftaran yang di cadangkan ialah 9.30 am hingga 10.30 am, Boleh bawa famili, kita akan berkumpul di BTPN Kedah dan seterusnya akan di maklumkan oleh urus setia. Terima kasih kepada Wan Muhammad dan Zahari xmplp di BTPN Kedah kerana bersubahat menggunakan permis kerajaan. Bob, Mushni, Wan, Zahari, Izzat dan yang ada di Kedah Perlis, tolong call kekawan tentang reunioan utara 2 kita. 'JANGAN BASUH MANGKUK PERSAHABATAN DENGAN CUKA' - Pepatah Arab. Wassalam


no phone Isam dan zakir
hisam hai kat gopeng agaknya 0175920522 . No hp Zakir 0127531302 dia ada kat batu pahat
Posted by adli


CAR STICKER @ PRE REUNION KELATE
A'salam...buat semua XMPLP yang disayangi. Saaayang semua. Sayang sampai kiamat!!! Kanda setuju cadangan adik Jaring tu. Car sticker lebih praktikal. Bolehlah kita tayang kat semua orang seantero Tanah Melayu atau Malaya dan Borneo Utara. Barulah roh MPLP bangkit mewarnai alam pendidikan negara. Kalau tak, apabila kita tanya budak umur 1 tahun, kenal tak MPLP? Pasti tak kenal. >Zulms, pasal reniuon Kelate tu, kawe cade demo jadi tok jogho. Nok haghak Fauzi Mat ko, Rosli Mustafa ko, Marzuki ko, Tue Beghayim tak do bunyi se habok. Jakdi mu la hok oghe paling layok memuloke stek petamo. Pahtu hok laie ikuk la. K, wasalae.


nak tumpang masuk
Nal pasal cadangan CAR stiker tu kau bagi pada aku design nya aku sponsorkan laaaa utk ke kawan lama ni......, jgn lupe design TOPI sekali ye jgn lewat takut tak sempat plk nanti. Minggu dpn aku ke luar negara lagi agak bz sikit aku skrg ni..., meting mlm ni tahniah selamat berjaya apa yang dirancangkan kirim salam pada mereka yang hadir..


Hebat....hebat....
Abang Mahyuddin ni memang hebat. Pemurah pulak tu...Pasal tu mungkin ramai yang suka kat dia...termasuk yang terbekenan. Teman dan enal biasa dok serumah dengan dia lama jugak. Habis baju2 dia yang baru2 kami pelasah...dia tak marah. Dah la tu...pasal memasak memang handal. Kami tumpang makan saja dengan pegi kedai beli garam...Syabas Mahyuddin. OK Tahniah pada proteam sekali lagi...Teman doakan semuanya successssssss...
Posted by einol


sticker
stuju dengan cadangan pn jaring (nett)...hehehe pandai ko enal sejak virtual ni nett pn dah jd jaring...dah tu nampknya mahyudin nk sponsor lg...alhamdulillah mudah2an makin murah rezeki mahyudin. Untuk sticker tu dicadangkan juga diletakkan url web xmplp agar orang2 yg tertarik dan berminat dapat menyelusuri web xmplp untk dapat maklumat...member2 yang tak terbuka hati untuk mendaftar pun insyaallah akan tertarik kot...ini bukan kerja main2 tapi sungguh2 nak menghimpunkan semula xmplp...
Posted by bob


Sponsor
Mahyuddin, daripada ko sponsor piece by piece ni, apa kata ko sponsor seluruh program ni,di anggarkan lebih kurang rm15,000 sahaja. Tak banyak kan? Bila dah sponsor semua macam ni, akan ada lebih 100 tangan menadah doa agar ko diberkati Allah dan dimurahkan rezeki. Aku akan doa lebih lagi. Hehe, gurau aje, sebenarnya kita semua rasa sungguh bersyukur dan berterima kasih atas kesudian YB Dato' Mahyudin menyeponsor topi dan car sticker ni ha! Allah Selamatkan Kamu... Allah Selamatkan Kamu... Allah Selamatkan Tuan Mahyudin... Allah Selamatkan Kamu.... Abang Mahyudin ni memang pemurah sejak kita orang duduk serumah dulu, pergi kuliah naik teksi hari2! Kita orang tumpang sekaki le, tak gitu abang Mahyudin? Nanti kita carikan jodoh lagi sorang untuk abang Mahyudin yang hensem ni hehehe
Posted by zainal


??
nal .. bob..??? apa i/p skype hang??? tq .. bgtau .. smsm atau mail. k
Posted by nasmy


Bermimpikah aku?????
assaamualaikum..Nett..seronoknya aku sembang ngan hanggggggggggggggg...sampai habis kredit aku..tapi MPLP punya pasal..no problem..ADLI..Pandai hang jual nama aku oooooooooooooooooooooooooooooooNOoo!!!??? apa pun thank you so much for bringing me to MPLP"s world..after nearly 18 years... HAZLEEN...apa pasal hang susah sangat nak contact aku???????????? frustrated betui aku??? aku nak tengok juga muka anak hang... nanti muka nak nett aku boleh tgk kat ipoh,.. anak ADLI sah-sah ikut muka ayah dia..hehehehhhe leen kau tolong contact aku ok??? Yatie..where r u..dua-dua yatie sekali Datin yatie..(opss!!) sorry tak jadi) dan yatienah...selamat berbahagia dengan mazlan..(nama laki hang kan??) kalau silap ampunkan dosaku ye? Sapiah apa khabar org Johor>>>>semoga berbahagia dengan si pembaca berita TV3.....ASMAH..where ru??? rindu suara hang yg macam Ina naim. tu (jangan marah tahu!!!..aku suka-suka aje.. usik-usik bawa baghagia....) aku macam nilah kawan-kawan ..tak berubah pun masih seperti dulu cuma ada keretapi aje sekarang ni...anak 3 dan isteri baru seorang..hehehehehehehe...siapa tahu Azman (yg macam YB tu..kawan baik aku tu...)kat mana sekarang???? kenneth Victor???ada kan nama MONALISA//dari Sabah??? wan zainab kat mana..kalau baca contact me pls.......ingat lagi perkhemahan PBSM di MORIB..meletup!!! hey kawan-kawan send me the latest news about urself ok???? see u ater cau chin chau!!!!salam.....dari perak
Posted by issam hayy


sorryyyyy!!!!
Yatienah...sorry aku baru ingat nama suami hang ialah WAHAB....betuikan..bukannya MAZLAN..sorry.. wahab ampunkan salah ku ok??? Aku dengar hang jadi org penting sekarang...???..Alhamdulillah....
Posted by issam hayy


my exhousemates..
Yusaini, Adli, Hazleen, Nazri, Roslan (semua ni exhousemate aku kat Taman Mulia....PLS CONTACT ME!!!!!)
Posted by issam hayy


WELCOME ISSAM PSR PI 2/88
Isammmmmm! Atlast..dapat jugak ku jejaki tapak kaki ko ye. Puas sudah ku mencari akhirnya nasiblah si Deli yang jumpa. Ko memang x berubah dari dulu kini dan selamanya. Haa kwn2 kalau ada soalan tentang ustaz Akhil Hayy cepat tanya kat abang dia ni haa (alamak sori la aku tersengaja). Start dari saat ni aku jamin 100% ko akan addict kalau x bukak blog ni. Percayalah cakap aku. Heyy mana lagi kawan kawan kita ye. Setakat ni berapa kerat je batch kita kat dalam ni. Tapi xpe, akan ku teruskan misi pencarian ini agar kita dapat berkumpul semula Ogos ini. Issam ko jangan x datang 27 ni kat BTPN Ipoh tau! Kalau ko xnak datang xpe lah, ko hantar je adik ko jadi wakil. Amacam boleh? X payah jawab aku tau jawapan ko "Boleh Blah". Sam ko tu baik2 salah sebut nama suami orang kang tak pasal kena pelangkong ngan Wahab.Ok cau cin cau.
Posted by nett


SALAM . AKU DAH MASUK
WOI, AKU HAMZAH LAH. AKU DULU KINI DAN SELAMA- LAMANYA WARGA MPLP. aku kat rumah dengan aziz jantan ni. aku, enal, sudin, ramzi dan ramli ni. meeting sambil makan-makan woiiii. mana teman2 lain ni...
Posted by hamzah


Minit Mesyuarat
Minit secara ringkas 1. Makan - RM50 seorang utk 4 kali makan. 2. Asrama sedang diusahakan. Hamzah akan dapatkan dan maklumkan kemudian. 3. Kutipan akan diturunkan kepada RM100. 4. Aturcara akan dimulakan pada pukul 4.00 petang untuk memudahkan ahli yang datang dari jauh. 5. Sukaneka akan diadakan di dataran merdeka - lawan antara zon - utara, tengah, selatan, timur. 6. Wakil zon akan dilantik untuk membuat kutipan. Nama akan diberitahu kelak.
Posted by Zainal


Meeting....
ok. meeting dah tamat. kami sedang makan durian pagoh. Ada ke Aziz simpan dunian dan manggis dalam peti sejuk? Kita orang nak makan pun susah. macam duduk kat england rasanya. Oklah teman2, ramli pun dah kuyu mata; katanya tiap- tiap malam layan kekawan. Ramzi dan tertelap. Hamzah masih bertenaga dan aku biasalah kalau waktu macam ni, aku baru nak mula menulis. macam enal tulis tu, bahawa wakil setiap zon perlu kutip duit pendaftaran. Jadi, aku rasa pakat- pakat le pilih wakil sewaktu reunion zon nanti. berita terbaharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Salam rindu dari kejauhan..... rindu yang terhukum, kata enal.....
Posted by shamsudin


TAK LELAP TIDUR ...
MALAM tadi sampai rumah jam 1.25 pagi. Meeting di rumah abg Aziz menemukan kami dengan banyak kenangan. Aziz buka album lamanya, apa lagi si Ramli sembang bukan main. Mak datuk hai, semua orang dalam gambar tu dia kenal dan 'tahu cerita di balik cerita'. Hebat betul dia ni.. Pn Faridah (pensyarah kita dulu dan isteri kepada Aziz) lagi ok. Alamak, dia kata aku masih macam dulu juga (fuitttit)..'ganteng banget dong'. Ok, keputusan meeting seperti dalam tulisan enal. Yang penting lepas ni, kutipan duit mesti berjalan sebab nak bayar deposit jamuan yang mencecah RM4000. Kalau kita tak bayar, jawabnya botak kepala Ramzi dan Enjay nanti sebab dia AJK Makanan. Aku akan berurusan dengan BOB untuk design stiker dan topi. BOB kau buatlah 2/3 bentuk kemudian email kat aku. Nanti aku email ke Mahyuddin. Mahyudin la ni ada di Singapura. Ramli akan sponsor garam 3 kg. Yang lain nak sponsor apa ya? Kak lang nak sponsor apa? Abang ABBA nak sponsor apa?
Posted by shamsudin


Apa nak buat kat sana?
Nett.....hebat kau punya promosi?????Eh..Nett nak tanya hang...kalau pergi kat pra reunion tu nak buat apa??? ada makan-makan ke? menari ke? musabaqah ke? berpantun ke? bersyair ke? maksud aku pengisian nya apa.??? takkkan aku nak tengok muka hang 24 jam kut??? biar betui sikit.....bagi lah aku klu sikit. Ziha tadi telefon aku.....dia kata suruh datang 27 july ni..Ziha tu kat mana sekarang? Kat kelantan ke? macam mana pulak dia kata nak datang 27 July ni kat Perak????atau dia mengajar kat ipoh ni? Nett kau kenal tak Meor???dia bukan PSR/pi tapi PSM/pi..aku rasa hang kenai kut.dia yg rambut blonde sikit-sikit tu kira glamourlah jugak...dia tu ada kat Kuala kangsar...satu lagi aku nak jumpa dengan KISS..ingat tak band boy yg sekawan ngan Fareez tu...apa jadi ngan dia sekarang ye...kalau tak silap namanya Mahzan kan.dulu dia ada buat promosi album kat Super kinta but then few years back(sekarang super kinta pun dah tak wujud..heheheh)..itulah last time jumpa dia...ingat tak lagu NAZIRA...meletup kan lagu tu....!!!! An yg duduk Perlis tu kat mana sekarang ni..emak dia bomoh kan?? kalau tak silap aku lah...Mak Usu,,,,apa khabar..ngan cik abg dia tu???? aku rindulah ngan pasangan kau org ni.....sehati sejiwa...Nurul dan Ajai pun kalah...jgn marah ye Usu..sesungguhnya anda semua tetap di ingatan ku.....azman...tak ada siapa yg kenal ke???rasanya Azman Bin Shahbuddin???aku betui-betui nak cakap ngan dia....pls someone...toong carikan aku no phone dia..NETT tolonglah aku....kau kan Zakiah Anas MPLP..mesti hang ada contact punya yang boleh jejaki mereka ni...kalau tak dapat hang mintaklah tolongh kat Marzidul TV3(999)tu heheheheh sekarang dah ada program baru...dah.. oklah chat lain kali...byeeeeeeeeeeeeee
Posted by issam hayy


chek dah daftar nama belum
Amboi bukan main rancak kau sembang.Kau dah daftar belum. Rindu nak jumpa member serumah yang kene merempat kat MPIK. Tapi budaya MPLP tetap dibawa. Rumah kita yang jadi PORT utara/ wilayah tengah yang penuh kenangan, Kalau si Nazri ingat apa dah jadi dgn siling rumah sewa dulu dah pecah agaknya.kah.kahhhhhhh
Posted by adli


cermin macamana
li, kalau kau cerita siling pecah tu ok juga kan. macamana dengan kes letak cermin bawah pintu? tu semua cerita lama kan? KISS tu nama dia Mahizan Ahmad Maher. Ayah dia bekas pegawai di JPN Melaka. Kalau sesiapa yang duduk di Melaka boleh tolong cari dia.


From Kuantan With Love....
Wah...teman dengo sedapnye Nasi Dage Puan Bebi Rosnani Kuantan dari kawan2 yang hadir prereunion Pahang di rumahnya...Teman sempat call Sabri 86/89. Kebetulan dia ada di situ.Makanan berlambak2 dan yang penting dia amat terharu tak sangka berjumpa balik kawan2 selepas 20 tahun...terharu...yg syok ada kawan yang hadir tak pernah kenal semasa di MPLP..kah..kah...Hebat. Inilah antara usaha murni proteam dan semua pihak.Akhirnya , tahniah kepada tuan rumah dan semua warga MPLP Pahang yang hadir...tahniah...tahniah pada proteam yang bertungkus lumus menjayakan program ini...berguni2 pahala mike weh...salam.
Posted by einol


Reunion Pahang
Tahniah Azman, Ibrahim, dan Bebi Rosnani, serta semua members di Pahang kerana berjaya merealisasikan pertemuan di rumah Bebi. Aku belum dapat report lagi dari Azman tentang kehadiran dan sesapa yang hadir. Nak juga tengok gambar kengkawan, terutama tuan rumah bebi, sabri berrr, ema, dan yang lain2. Aku ni menulis dari tempat kerja baru, Dagang Net Time Engineering. Hari pertama report duty di sini. Hari ni pulak jammed gila di seluruh kl, polis buat road block, takut orang buat demo di parlimen sebab PKR nak buat usul undi tak percaya kepada PM. Nasib baik jalan aku tak jammed. Salam.
Posted by zainal


Sua kembali..
salam Pak Yem & Bebi & warga xmplp di Pahang. Anda semua menyahut cabaran bagi merealisasikan tujuan kita. Setidak-tidaknya reUnion di kawasan/negeri ini menjadi pemangkin kepada tarikh Ogos..yg sebenar. TQVM bob ! gambar hang dah upload..pantas bertindak agar setiap inci info dpt dikongsi sama. Amboi hebat di Pahang sampai ada yg tak kenal sewaktu zamannya dulu..he he..lebih 20 thn baru nak kenal.Ws
Posted by ramliJB


Reunion KL/ org lembah Klang bila lagi?
SALAM. Bukan enal aja tempoh jem, aku pun sama juga. sampai pejabat lambat gila. Seronok membaca reunion pahang dan reunion zon-zon lain. Yang duduk lembah kelang ni bila lagi? Aku pernah suarakan pada proteam tetapi sedikit kecewa sebab macam tak dapat sambutan aja. Calir dan Liza, Khairom Patom, Mat Kek (kiok), dan ramai lagi macam tak sudi aja. Aduh, jawabnya kami berenam ajalah yang selalu bertemu dan berbicara panjang. Yang duduk lembah kelang dah berada di zon selesa dan mengejar kebendaan hingga lupa erti keakraban dan persuadaraan. Entahlah, aku selalu hubungi clair tapi dia macam nak marah dan tak berminat aja (hehehe gurau aja...). Apa-apapun aku berharap agar semuanya akan segera berubah dan dapat kembali ke pangkal jalan meruntun rindu MPLP. salam rindu yang terhukum.


Lembah Kelang
Din, kalau dia orang tak sudi, jangan paksa. biarkan mereka. kita berseronok la dengan geng yang sekepala dengan kita. memang ada orang yang dah tak nak associate diri dia dengan mplp lagi dah, samada merajuk atau sombong wallahualam. tapi kita yang ada ni dan sedang bersemangat ni haruslah meneruskan usaha untuk bertemu semula. kat lembah kelang ni, kita akur la dengan se adanya memebrs yang nak bekerja. lebih baik seorang member yang mahu bekerja daripada 10 yang tidak buat apa2. betul tak? din, ko dah discuss dengan aziz tentang QnA untuk RTM tu? kalau belum, sila buat cepat. nanti abang namdot marah aku tak tahu ye hehehe. kalau lambat nanti tak dapat slot pulak, namdot dah susah payah dapatkan slot tu. surat aku dah email kat ko, sila gunapakai yang tu, pakai letterhead upm atau MPIK. yang penting kena cepat la. jangan lewat daripada hari rabu ni tau!
Posted by zainal


teruskan perjuangan
Teruskan perjuangan untuk mengumpu xmplp yang ada bagi yang masih jadi cikgu mungkin mendaftar untuk reunion seberapa lewat yang mungkin . Kerana takut ada kursus yang timbul tiba-tiba terutama kursus yang tak dapat nak sub kat org lain. nak buat macam mana semuanya segera sahaja.
Posted by adli


KENANGAN MANIS PRE REUNION PAHANG
A'salam...buat semua XMPLP yang dikasihi sekalian. Sorry kerana lambat hantar report kat member web team dan pro tem berkenaan PRE REUNION XMPLP PAHANG, Salam kalian sudah aku sampaikan kepada semua yang hadir. Sebagaimana yang telah dirancangkan semalam 13 Julai 2008 lebih kurang pukul 3.00 petang, hari Ahad, kami pun bertemu di kediaman Ibrahim Man dan Bebi Rosnani. Walaupun tidak seramai yang diharapkan, namun pertemuan bersejarah dalam hidup kami ini sesungguh sangat istimewa. Selain tuan rumah, Ibrahim dan Bebi Ros, mereka yang hadir ialah Sabri Raub, Saidatul Anam (Ana), Wannie, Obidah, Anita, Rohani (Bonn) dan suami serta aku (Azman Abdullah) dan isteri (Azlin Mohamad). Kira-kira 11 orang. Kalau dikira termasuk anak2, rasa-rasanya sekitar 25 orang. Hanya Allah saje yang tahu betapa bersyukurnya kami yang dapat berjumpa rakan2 seperguruan yang telah hampir 20 tahun tak berjumpa. Disamping juadah yang enak, yang disponsor khas oleh tuan rumah serta beberapa juadah yang dibawa oleh rakan2, kami tak perasaan masa berlalu begitu pantas. Banyak lagi perkara yang hendak kami bualkan, tak dapat dibualkan kerana kekangan masa. Punyalah seronok, selera makan aku pun tertutup apabila pertama kali menatap raup wajah kawan2 yang jauh berubah. Begitulah terujanya kami. Tak hairanlah Rohani (Bonn) yang dah slim bangat tak perasan 'orang' yang dia tanya khabarnya, duduk betul2 di sebelahnya. (Pada hal masa mula-mula sampai dia dah bersalam dengan Obidah) Apa lagi... berderailah gelak tawa kami apabila Bonn baru sedar 'orang' yang duduk di sebelahnya itulah Obidah yang dia tanyakan. Maka sekali lagi mereka berpelukan sambil bergembira seraya bercium2 pipi. (Nanti aku emailkan gambar saat2 bersejarah itu ...hehehe...macam jejak kasih). Untuk makluman XMPLP semua Ibrahim Man dah tak mengajar lagi. Dia dah berhenti dan buat bisnes sendiri. Alhamdulillah beliau sangat sukses. Sementara Bebi Ros masih berkhidmat sebagai pendidik. Obidah, anak sulong dah masuk universiti. Tak lama lagi bermenantulah gaknya... hehehe. Sabri pulak dah berjawatan Penolong Kanan Kokurikulum. Anita dah nak habis study sementera Wannie dan lin dah sibuk nak cari produk untuk ikut jejak Bonn hehehe... Malam sebelum tu Kanda Osman bin Derom PMS1/85 di Jerantut ada sms menyatakan rasa terujanya dia nak pergi. Tapi kerana sekolahnya menerima tetamu dari Sekolah Bukit Jalil, dia tak dapat pergi. Emma PSRI 1/86 pun tak dapat hadir kerana berada di Negeri Sembilah menziarahi anaknya. Rohana Sudin PSR 8/86 dan suami Paisol Basir 6/88 di Raub juga tak dapat hadir kerana ada tugas di sekolah masing- masing. Tapi dia berharap dapat bersama2 tanggal 16 OGOS kelak. Okaylah setakat ni dulu, aku ada kelas. Nanti free aku laporkan lagi kepada kalian tenteng Pre Reunion Pahang.Gambar2 Pre Reunion Pahang akan aku emailkan kepada Enal kemudian. Terima kasih banyak2 buat Pak Yem dan Bebi Ros serta semua XMPLP yang sudi meluangkan masa untuk bertemu semasa Pre Reunion Pahang 2008


Pre Reunion Utara 2
Tahniah! Pre reunion Pahang. man, cepat le antor gambor tu. Tak sabo nak tengok gambo u all sema. Mana geng pahang yang lain? .... Pre reunion utara 2, boleh buat sebelah petang tak? Takut ada yang tak boleh mai pagi sebab ada sekolah mengadakan aktiviti sebelah pagi. Aktiviti sampai pukui brapa? Kalau sampai petang mungkin ada yang boleh mai.
Posted by aida 86


x mplp utara
Asalamualaikum & salam sejahtera... tahniah kpd pre reunion pahang dan jk reunion xmplp kerana masih berjuang untuk merialisasikan 16 ogos ini. kepada xmplp kedah, perlis, penang dan sewaktu dgnnya, pre reunion utara tetap akan di teruskan pada 19 Julai ini dan masa pendaftaran pada jam 2 hingga 3 ptg, kita akan berkumpul di btpn kedah dan habis ikut keadaan semasa mungkin sampai ptg kot. Bob hang tolong upload time utk pre reunion utara 2 boleh. Ade tak sesapa yang tahu mana perginya Noorazman Shahbudin, budak PI berapa aku tak pasti, yg aku tahu dia ada di KL... dia ni gang scout masa kat kolej.



Salam. Tahniah Pahang atas pre reunion smlm. Yelah bukannya senang nak mengumpulkan semula xmplp, masing2 dah punya tanggung jwb yang lebih besar.. ISSAM..untuk 2nd pre perak ni, kita just hang around berkumpul sesama kita xde atucara rasmi pun..tapi kalau ko nak bawak team tarian ko tu apa salahnya..lagi satu aku dengar ko ni pandai masak, so apa kata ko bawak je lah kasi kitorang rasa resepi baru ko tu..alah datang je lah..macam la jauh sangat Gopeng tu. Tu Jee yang di Tanjung Malim pun boleh dtg. Ohh lupa nak bagi tau ko, Jee tu husband dia lecturer kat UPSI so dia kat Tg. Malim la ni. Ko ni sebok menari sampai x sempat baca blog kot..tu pasal x tau cerita..hehe. Meor tu aku ingat tp tak dapat dikesan. Adli kata kat Kuala Kangsar, nantilah aku cari. Azman classmate kita tu rasanya abg. Ramli tau dia kat mana sekarang.?? Ok la chow dulu.
Posted by nett


kumpulan psr 1/87
Assalamualaikum semua ahli x-mplp. Saya ni dok tengah tunggu kawan-kawan PSR1/87 muncul. Baru sorang ada contact...Raof Ali. Yang lain pi ke mana. Harap-harap saya dapat tengok balik kawan-kawan lama macam azman,Mobin,awang,Nizam, Ahmad hashim,alorzan dan kawan-kawan lain. InsyaAllah jumpa nanti...


tahniah pahang & pre reunion utara 2
tahniah kerana akhirnya Pahang dapa juga mengadakan pre reunion. Kejayaan mengadakan pre reunion tu sudah cukup bermakna. Mudah2an 16 Ogos nanti akan lebih ramai group pahang bertandang ke IPBA. Pre reunion utara 2 akan menyusul pada 19 Julai nanti. Maklumat sudah dikemaskini. Harap ramai yang akan turun terutama yang terlepas pre reunion utara 1 di sg petani lalu. Art bundle, izat, ahmad solehi, nik ragbi, kamal, jamil dan murad di langkawi harap dapat menjelmakan diri nanti...kak lang korsiah jangan tak datang pula...kak lang mesti kenal dengan isteri saya sebab isteri saya kenal kak lang...hehehe insyaallah esok lusa akan menghubungi kak lang...la ni hari2 saya lalu depan sk tunjang tu. yang lain2 jangan tak datang disebabkn tak kenal, maklumlah banyak lapis tahun antara kita...tetapi yang menyatukan kita sekarang adalah 'roh MPLP' itu...jadi cubalah sedaya upaya untuk bersama menjalin silaturrahim atas semangat kekitaan MPLP. salam reunion.
Posted by bob


kawan korang..tu
Nett & Si Issam..korang tanya aku cuba jawab,pasal Si Norazman. Dia pun ikut jejak aku keluar drpd dunia perguruan & sekolah ni. Rasanya dia awal sedikit dalam setahun atau dua,kurang lebih gitu drpd saya. Tapi pada tahun 2000 kami berjumpa & wakil organisasi dalam satu kursus berkaitan Pentadbiran & HR di sebuah hotel di KL. Pada ketika itu beliau berkhidmat di Sumatec Corporation Sdn Bhd bertempat di Shah Alam sebagai Manager, & saya di MTD Capital Bhd. Dua tahun kemudian, seorang jiran (sewaktu tu masih di KL) memaklumkan si azman shabudin ni bertugas di Sudan tetapi joint sykt lain(bukan sumatec lg) yg kebetulan ada projek di sana. Jiranku ini adalah staf kpd azman sabudin. Beliau pulang dan meletakkan jawatan tidak berapa lama selepas itu. Sebaik ditukarkan ke JB kami lost contact dah...tak tau mana pi budak ni. Tamat citer bab 1!..ws
Posted by ramliJB


Moga berjaya dan diberkati Allah
Maaf sedare dah lama tak join dlm blog ni. Baca selalu tapi tak ada idea nak tulis. Tu yg. lama tak join. Masih ku ingat lagi kisah dimplp. Moga cita-cita dan harapan kita pada ogos ini menjadi kenyataan. Moga geng-geng kita sihat-sihat saje. Terutama teraju utama reunion. Mogajumpa kita di ogos kelak jika diizinkan Allah. Amin


cara nak cari org hilang
Bagi mereka yang tahu nama penuh rakan yang hilang cuba guna web YellowPages taip nama penuh search kat situ. Sekiranya mereka mendaftar telepon rumah. Pasti nama / alamat akan timbul.
Posted by adli


cari pakai web yellow pages
siapa yang tau nama penuh rakan yang hilang. Gunakan web yellowpages dan search guna nama penuh di situ. Kalau dia ada daftar line rumah guna nama sendiri pasti alamat dia akan timbul. Sila mencuba, Aku tak ingiat nama penuh dah lupa macam tun Dr M cakap
Posted by adli


CADANGAN ASLI TU BAIK ...
Adli, cadangan kau baik sangat-sangatt dan aku setuju benar. Apa kata kau buat dulu kat member yang kau pasti ejaan nama penuhnya betul. Kau eksplor dulu dan dapatannya kau email ke kami. Kami di KL sdg mengusahakan persiapan pentas dan gelanggang jadinnya yang mudah-mudah macam tu kau buat. Cari dan kumpulkan yang mana dapat. Ramzi dan cari pakai IMIS KPM. Ramli dah cari pakai saluran OUM dan aku jg dah kesan melalui saluran bawah tanah UPM. Ala, sama-samalah kita buat kerja agar bertambah meriah. Hari ni, Aziz akan berbincang dgn aku pasal nak masuk SLMT PAGI MALAYSIA. Fuhhh, Mahyudin kau dah balik ke? Aku nak bagi design topi dan car stiker. Terima kasih kat kau yang baik hati dan mulia sungguh tu.


Mencari kekawan yang Jauh
Pertama sekali aku ingin ucapkan tahniah kepada abang Azman Abdullah dan rakan2 di Pahang kerana berjaya mengadakan reunion. Tak pa abang Man, walaupun sikit yang hadir, asalkan objektif (emplisit dan ekstrisik)tercapai. Buat Issam hayy dan shamsulariffin, kalian mungkin tak kenal aku, tapi aku kenal orang yang kalian cari tu iaitu Norazman Shahabudin (Max). Betul seperti kata Ramli tu, Azman dah tak mengajar dah lama dah. Banyak company yang dia joint, but sekarang ni kalau tak silap aku dia bersama Petronas nun jauh di seberang (Sabah). Aku pun lama tak konteks dia. Dulu ada sekali aku smskan address blog kita kat dia, dia balas balik kata ok dia cuba buka. Dia sibuk sangat kerana aku difahamkan sekejap dia ke laut (pelantar minyak) dan kejap di daratan. Walau bagaimanapun aku harap nombor tipon yang aku bagi ni dapat membantu kalian menghubungi dia. Nombornya 0176802444. Kalau dapat hubungi dia sampaikan salam aku kpd.nya. Katakan aku mohon maaf kerana memberikan nombor tipon dia kepada kalian semua. Aku juga di sini mencari Mahizan Ahmad Mahir, sapa2 yang ada nombor konteks dia tolong bagi mai kat aku 019-2200955. Terima kasih.
Posted by ramzi


Data Emis
Untuk mencari kekawan lain yang masih belum dapat dihubungi insyallah aku boleh minta bantuan kekawan kat pejabat di EPRD tu dengan membuka data Emis (Itupun kalau tak menyalahi undang2). Tapi ada syarat: 1. Dia masih mengajar @ berkhidmat dalam sistem pendidikan KPM, 2. Namanya dapat dieja mengikut IC. Itupun tak lah boleh cari banyak2 sekali gus. Kalau diizinkan cuma tiga empat orang bolehlah sekali cari. Aku rasa kalau kita buat surat secara rasmi menggunakan letterlead persatuan bolehlah kot cari banyak2.
Posted by ramzi


BOB, Terima Kasih
BOB, terima kasih. Kau ni memang mat komputer betullah. Kpd kekawan, Bob dah siapkan design topi dan stiker. Aku dah emailkan design itu kepada Mahyudin padi tadi. Design tu menarik dan nostalgik. Pendek kata, kiranya kita pakai topi dan tampal stiker tu kat kereta tentu guru-guru yang ada maktab tu boleh bunuh diri tengok. Guru-guru silap2 boleh jadi gila tengok. Itulah kehebatan bob kita tu.. hehe. Dan untuk pengetahuan kekawan semua, topi dan stiker itu akan diberikan pada waktu pendaftaran aja. Jadinya, daftarlah segera untuk reunion kita tu. Kalau kau orang tak nak masuk blog cukuplah sms beritahu nak ikut reunion. Bob, kau jangan masukkan design tu dalam blog ni sebab... rahsiaa dan tungguuuu. Aku tenagh tunggu Aziz ni..
Posted by shamsudin


Mintak tolong abg Ramzi
Salam. Nak mintak tolong abg Ramzi cari kawan saya ni haa. Dah jenuh dok cari tp x jumpa x tau nak buat camane dah.Boleh ye? 1. Noriati bt. Abd. Malek 2.Rozita bt. Amat. Noriati ni last sy jumpa dia masih mengajar di Sri Damansara. Rozita pulak dulu di Assam Jawa Selangor. La ni x tau di mana. Tolong ye..sebab tanpa diorang ni x lengkap rasanya reunion ni buat saya . Yelah, kalau hadir pun tapi tanpa kawan2 yang rapat dengan kita..tak seronok jugak. Sebabnya dengan dioranglah saya berkongsi segala kisah suka dan duka. So pliz ye..tq.
Posted by nett


ALAMAK BLOG NI JADI TEMPAT CARI ORANG HILANG PULAK....
ALAMAK...apasal le blog ni dah jadi tempat mencari orang yang hilang. Kalau macam tu, aku pun tumpang sekaki lah. Ramzi, kau buka EMIS tu kemudian cari le semua kekawan kita yang pernah tidur sebumbung di MPLP tu. Aku teringatkan si Zainol Abidin Zakaria budak sabak bernam tu.. dia ni pun licik juga...hehehe. Nett, abang enal kata kalau eita tak ada kita orang semua pun boleh lah. Boleh apa? Boleh belahhhhh. hehehe. Ok design dah ok kata mahyuddin. KIta kena bersyukur sb punya kawan macam mahyuddin yang sanggup bersusah payah. Lusa di nak ke Bali. Aku cakap dgn dia, lebih baik tidur di Hard RockCafe Bali aja. Depan laut yang penuh mengiurkan. Malam-malam ada tetamu yang tak diundang dan asyik ketuk bilik ajaaaa. Selamat makan angin bang. Awas dong, ceweknya ganteng sekali sihh.
Posted by shamsudin


Mancis lagi
Waaa abg Mahyudin g Bali..boleh bawak balik mancis api Hard Rock Cafe tuh..! Mana PA dia ni? Tlg bagi tau kat dia eh.
Posted by nett


thanks
Assalamualaikum & salam sejahtera.... salam ukuwah 'roh mplp'. thanks ramzi aku dah contact si norazman tu.. dia memamang busy. org besar la katakan... bahagianya tengok kawan-kawan berjaya. aku kenal hang... cuma kita dulu tak berapa rapat. Bob, thanks hang dah bubuh masa utk perjumpaan pre reunion utara 2, sama-sama kita hubungi kawan-kawan yang tak masuk online ni. Kalau x keberatan hampa bawa la foto-foto lama mplp dulu masa reunion ni, boleh kita sembang dan mengimbau kenangan silam... amacam oriat dak idea nii.... jangan mare


Salam ROH dan JIWA MPLP
Ungkapan cukup bahagia - TAHNIAH warga MPLP yang memakmurkan preunion Pahang. Pak Yem n Mak Yem dan Azman usaha dan pengorbanan terlalu agong menyatukan hati-hati warga MPLP. Madah buka berhelah- Mudah-mudahan 16 Ogos 1 realiti bukan mimpi ngeri. Berbondong-bondong dan berduyun-duyun la kita mengimarahkan pertemuan kita.( tak gitu bro ramli) Harap2 tak la polis buat sekatan jalan raya lak menuju ke MPLP. Jejak kasih...- carilah sedaya upaya, gunalah segala sumber, perkudakan la apa yg ada demi untuk maruah warga MPLP. .... amacam abg hj din k tak. Kalau tidak kita siapa lg yg nak memegahkan dan memuliakan warga MPLP.


salam mplp
semalam mushni dari kedah terpacak kat office aku di putrajaya..tapi x dapat aku borak lama kerana mushni pun tgok atas meja aku..sorry la bro..aku x dpt nak sembang lama-lama..Lan kota tinggi,semalam call aku..x pe la setakat sikit2 mcm tu aku boleh tolong,,,x de hal punya....Bob hang tggu mlm ni aku sampai kat JItra,,,he,he,kalau sempat jom la kita pi cari bundle..samah pun ada contact aku..terharu sungguh aku..nanti jumpa kat reunion......


Kuantan oh Kuantan....
Manalah gambo pre XMPLP Kuantan tak keluaq2 lagi...Lama dah tunggu ni. Abang Ibrahim dan Azman dan send pic kat proteam ka...Bukan ape...Teman nak juga juga tengok macamana rupa orang2 Kuantan after 20 years..Depa kata Bro.Sabri tu awet muda...Kami dulu amat rapat.Dia tukan our vocalis...Pernah satu masa orang semua dah balik jumpa mak bapak...Tinggallah kami kat Pantai Puri pasal prepare for function Hari Guru. Masa tu kawan kira si Ariff tu terkunci dalam lif Pantai Puri...kah..kah..teman2 Band Boys tau lah cerita ni...ok...jumpa lagi.Bye..
Posted by einol


SALAM RINDU
Salam rindu. Ok kekawan, Mahyuddin dah tempah topi dan stiker kereta. Kata dia, kita bagi kepada kekawan yang datang reunion 16 ogos aja. Yang tak datang jangan bagi sebab tak ada jiwa dan roh. Wah, ganas bunyinya. Itu dah jadi amanah dan tanggungjawab sebab barang tu dia yang sponsor. Oleh itu, sesiapa yang hendak topi dan stiker itu cepat-cepatlah daftar reunion. Petang ni, aku, enal, azman (namdot), dr aziz, ramzi, hamzah, shukri akan meeting di amjal. Kami meeting pasal nak masuk Selamat Pagi Malaysia. Nett ni tak ada kerja lain, balik2 kotak mancis aja. Aku dalah hutan rimba di surabaya pun di minta tolong dapatkan kotak tu. Tapi tak pe nett, dah hobi nak buat macam mana? Kotak peti sejuk tak nak ke? Hehehe. Syeikh bijiris, kau ni tak ke kerja lain, ingat refomasi ajaaa. Betul kata einol, aku pun teringin juga menatap wajah2 rakan pahang. Bob, bila nak download? Tapi aku kesian tengok si bob ni, tapi tak pe demi MPLP kita sama-sama berkorban... Saleeh Kanan, kau tak jumpa ke eita di Melaka tu?


SAMBUNGAN LAPORAN PRE REUNION PAHANG.
A'salam...semua XMPLP yang dikasuhi sekalian. Terima kasih daripada kami atas ucapan tahniah buat kami yang telah berjaya merealisasikan pertemuan bersejarah XMPLP di bandar Kuantan pada Ahad lalu. Sesungguhnya dorongan kalian khasnya daripada web team seperti Ramli Jb, Enal, Haji Sudean, Ramzi, Bob, Hashim Markom dan lain-lain, telah menggerakkan terjadinya pertemuan bersejarah ini. Mudah-mudahan peristiwa bersejerah ni dapat menggerakkan semua XMPLP, khususnya dari negeri yang makmur ini, berduyun-duyun turun ke IPBA tanggal 16 Ogos nanti. Untuk pengetahuan semua gambar2 pre reunion Pahang telahpun sampai ke email Enal semalam (14/7/08). Jadi insyaAllah apabila Enal tak sibuk nanti, dia akan uploadkan ke website kita. Semalam dia sibuk sikit kerana ada meeting dengan staf baru di tempat kerja baru. Harap2 kawan-kawan dapat bersabar ye. Biar suspen sikit. Memang betul rupa si Subri tak banyak berubah. Kalau kita jumpa dia kat China ke, Filipina ke, Indon ke, gerenti kenal punyalah...hehehe. Yang berubah cuma Pak Yem yang selalu keluar dalam surat khabar, Wannie yang ragging Enal masa orientasi dulu... hehehe, Lin, Bonn dan Obidah. Kalau tak caya nanti tengoklah... Dalam pertemuan itu juga kami dapat berita sedih berkenaan rakan sekuliah kami, FAUZI PMS2/86-88 dari Perak, yang telah kembali ke rahmatullah kerana masalah kanser. Al- Fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat. Ada juga kisah beberapa pasangan XMPLP yang berumah tangga, kini telah berpisah. Tapi tak perlulah disebutkan nama2 mereka di sini. Cuma harapan kita mereka dapat bersama2 dengan kita tanggal 16 Ogos nanti. Mudah-mudahan dengan pertemuan itu nanti, mereka dapat mengenang dan menggamit kisah2 silam yang akhirnya dapat menyatukan kembali bahtera yang dibina demi anak2 tersayang. Oklah...masa free dah habis, aku nak pergi beri kuliah pada anak2 didikku. Nanti jumpa lagi....


Maktubkan XMPLP
hehehe Sudin tak perlulah rasa kesian2 ni...betul la kata ko, semangat MPLP tu yang menjadikan usaha merealisasikan reunion ini menjadi realiti. Aku sebenarnya lebih terharu dengan kesungguhan kalian di KL yang betungkus lumus. Jadi aku di kejauhan ini tentunya sedikit saja yang dapat disumbangkan dengan sedikit kemahiran yang dikurniakan Allah ni. Tahniah untuk enal, sudin, aziz, ramzi, hamzah,ramli,man namdot dan mahyudin yang bergerak ke arah menjayakan reunion ini. Kanda azman kenapa la tak cc gambar2 pre reunion pahang tu ke emel saya, boleh tolong uploadkan....Enal agaknya memang sibuk la ni berkenal2an dengan staf dan suasana baru kat situ...dengar e-dagang tu, mungkin sikit masa lagi kita boleh dapat sponsor hosting web xmplp kot...dapat la namakan xmplp.net @ xmplp.com @ xmplp.org @ xmplp.my....lagi la melatup...kan enal...apa2pun yang ni kita kemudiankan...16 Ogos kita dahulukan!
Posted by bob


kembali bersembang
Salam..... lama menyepi. Sibuk dgn tugasan disek. n internet kat umah pun down pulak. Untuk bukhari@bob trimakasih call untuk maklumkan tntg preutara2. Kaklang dah tau sbb che abg dok di btpn kedah. Nita, thanks 4 the question papers... Buat Aida n zan hope u all can make it this saturday. gitu juga ngan kashfi n niza. Not to forget intan. Cuma yg x dpt kontek ija n ana je. Ucu udah, yatie udah, salmi udah.... geng psr i 3/86.... Nita gambar prereunion pahang kaklang tgk dah. Nita x berubah. sweet as always. Nmpk wanie dah sihat skrg. Jgn marah na wanie. So kwn2 harap dpt berjumpa on the 16 of August nanti.


tahniah mplp sesi 87/89
akum ashik juga lihat dan baca, xmplp, rasa nak join sama pada 15/16.08.08. di kuala terengganu ramaijuga geng mplp,zul,mohd.zulkifli, azman. aku suka lihat gambar dr.robiah, kerana teringat kisah anak penyu dengan anak kucing, serta kisah cerita makan babi goreng oleh azizi semasa kelas dia. lihat gambar ramzi aku teringat kisah cinta tak jadi dia dengan xxx aku tak ingat namanya. nampak nama mahyudin pula aku teringat dia tak bagi aku ibu oren minyak ikan. wassalam. 0199837316
Posted by musa


Assalamualaikum....
Tahniah enal,sudin,ramzi,hamzah dan dr. aziz atas usaha yang korang lakukan. Sorry lama tak joint, masalah teknikal.. insyaAllah kita jumpa nanti.....
Posted by clair-liza


Bundle yang lupa kawan
Woi,asyik dok kejar fulus jer,member mai perlis pun lupa..mlm ni aku lepak di rumah bob...sembang panjang la kami.....kpd member yang business elok la resign cikgu...ramai lagi dok Q...


Kuantan oh Kuantan Part 2
Wah...hari ni 17.07.2008 Teman respon paling awal kot...pasal lama tunggu gambo Kuantan...heh...hebat...hebat.tahniah abang Ibrahim dan isteri yang berjaya menganjurkan perjumpaan tu. Tak sia-sia pulak hari ni tengok bro.Clair dan Liza dah masuk semula...Bila nak mai rumah teman pulak ??? Balik2 singgah la...Tengok pulak pic yang teman sent kan Sudean.Macamana tiba2 teman ada kat situ. Sebenonye teringin jadi proteam lah tu...tapi hampa tak lantik...kah...kah..Kurang real bila teman tengok semula pasal mana boleh badan gua besar drpd enal...kan...heh.Macamanapun kemeriahan semakin terasa. Tidur malam pun mengigau2...kadang2 senyum dan gelak sorang2...orang di rumahpun dah naik pelik..." Abah hang ni betoi ka...". OK.c.u.
Posted by einol


Mimpiku apa tandanya...
Aduh, malam tadi aku mimpi waktu reunion 16 ogos tu aku kena buli balik. Teruk aku kena buli dgn kak lang, kasfi, aziz dan enjay. Ada ke dia suruh aku nyanyi lagi mplp. Mana aku ingat lagi lagu tu macam mana? aku minta tolong jamil dan einol, mereka pun akhirnya kena lompat katak dari ODT ke foyer. Sama-sama tak ingat irama dan lirik lagu tu. Alamak, mimpi ngeri betul tu... Tapi yang paling 'best'nya, si enal, ramzi, ramli, hamzah dan wak hashim kena jemur tengah panas sebab melawan Pn. Faridah dan Dr. Robiah Kolop. Aduh mak, macam mana ni, hingga terbawa-bawa dalam mimpi? Bangun pagi-pagi aku senyum sendirian. Saat aku menaip blog ni aku masih terbayangkan keindahan rindu itu...



Din... Belum lagi jumpa dah jumpa dalam mimpi. Aku yang hari-hari berada di sini lagi berat dan sensaranya menanggung siksa.Rindu sangat MPLP yang dulu. Semua kelas aku dah masuk tapi tak sama macamzaman kita.Baru sedar masa dah berlalu.Cam ne ni asrama tak ada kosong cuti Ogos ni..
Posted by hamzah ipba


mimpi aja kee?
din kau mimpi aja ke? tak kan cerita dalam mimpi habis macam tu? kalau dah seronok mimpi tu mesti ada yang datang bersama. kau malu nak cerita kot! aku ada di putrajaya. minggu depan aku datang lagi. selalunya kalau aku datang ke sini, aku mesti pi makan kari kaki ayam kat jalan ipoh. so, kalau sesapa nak join aku minggu depan, jangan malu nak cakap. maklumlah makan kaki ayam.


Welcome Clair and Kak Ija
Alamak terlerai jugak rindu tengok nama Kak Ija dan Clair dah ada balik dalam blog ni. Thanx Kak Ija..for sharing your room with me..for being my sister..tak lupa buat Kak Nab jugak yang x muncul2 ni.. Kak Ija rajin-rajin la hantar emel ye. K c u on 16th (insyaallah).
Posted by nett


Terperangkap dalam lif?
Oi Einol! Hang ni macam dr m la pulak! sebenarnya sapa yang terperangkap dalam lif masa kat pantai puri dulu tu? Hang la yang sangkut dalam tu! Bukan Arif! Apa la hang ni! Kita orang ramai2 pakat nak pongkah lif tu tak boleh, last2 datang la si Arif McGyver buka dengan cara mencucuk lubang kunci atas pintu lif tu. Pas tu hang keluaq muka dah cebik nak nangis dah kahkahkah!!!! Takkan hang dah lupa yang tu! Atau hang dah lupakan peristiwa tu dan convince yourself, it was not you, but Arif. Denial la tu hahahah!!! Itu la peristiwa yang paling menggelikan hati aku, selain dari peristiwa hang dengan hamidah hahahah!!! ALL BECAUSE I WAS THERE! I WAS THERE! Aku tak pernah lupa tu semua hahaha!!!
Posted by zainal


kerja baru
Kawan semua, sori la, masuk kerja tempat baru memang la sibuk sikit. Aku kena jaga dua kompeni ni ha, Dagang Net dan Time Engineering Bhd. Sekejap ke damansara, sekejap ke jalan tun razak. Dah macam berbini dua pulak dah (aku tak pernah la berbini dua, itu kena tanya kawan2 yang ada pengalaman la). Gambar2 Pahang aku dah forward ke bob, minta dia tolong uploadkan. aku tengah busy giler ni. Azman kata dia nak hantar cermin kat aku sebab aku perasan hensem hahaha! mana cermin nya man?
Posted by zainal


tq for the information
salam semua...Nett hang dapat tak jumpa member yang lain-lain tu...aku dah tengok gambar masa koir Sukan SEA dan kita empat orang tu....rasa macam budak sekolah aje rasanya..hehehehheehe apapun banyak kenangan yang terindah di sana...Leen..bawa-bawaklah masuk blog ni dan chat ngan kita org semua..dah lama tak dengar cerita hang....adli hang nanti hang gi KL duduk kat mana??rumah saudara hang ke atau duduk kat hotel???? Aku dah tengok gambar terkini Nazri...meletup betul gambar dia macam..Rosham Noor...dia tengah dukung anak dia..Lelaki melayu Terakhir punya pose...Nazri hang pun chatlah ngan aku...Yusaini dan Roslan hang kat mana sekarang ni..Jangan diingatkan aku kat cerita cermin bawah pintu tu....heheheeheheeh memang aku tak boleh lupa sampai bila-bila...siap makan burger lagi??? tahu tak apa...apapun ..aku nak pergi jugak rumah tu nanti bila aku ke kL nanti...tak tahu tah ada tah tidak lagi flat tu...An, Niza dan lain-lain tu silalah masuk dlm blog....nanti boleh dengar cerita terkini..... byeeeeeeeeeeeeeeeee Tension..esok aku nak periksa last sem. kat OUM..kawan-kawan doakan aku lulus dengan cemerlang...nanti boleh belanja lolipop...hhehehehe byeeeeeeee........
Posted by issam hayy


Semalam sore di Amjal ...
Semalam sore di Amjal - aku, Aziz, Hamzah, Hj Azman Shah dan tetamu dari kedah Noora Murni (PSM PI 2/87) bertemu dari jam 5.30 hg 7.30. Kami berborak panjang pasal agenda nakl masuk Selamat Pagi Malaysia. Enal dan Ramzi last minit tak dapat ikut serta. Hamzah bawa gambar2 lama dan majalah Maktab edisi 87/88 'SINAR PENDIDIK'. Aduh maka, kami ketawa sakan apabila menatap gambar tu. Gambar Enal kena menari caca, dan paling penting ada sajak aku kepada seseorang yang paling aku cintai.. Aku nak beli RM100 majalah tu, Hamzah tak nak jual. Katanya, "dulu pejabat arkib negara nak beli rm1 juta pun tak nak jual' hehehe. Sesiapa yang ada majalah tu nak lelong sila beritahu aku. Hamzah kata aku gila 'talak'. Tak apalah Hamzah, yang penting aku bahagia. Ok, malam tadi aku mimpi lagi. Tapi kali ini aku pula buli si nett, muhsni, syeikh bijiris, bambang, eita, yatiee, as, abu samah, azmi hoki dan Roslan. Aku suruh dia baca yassin kat atas bukit kem pengakap tu waktu malam jumaat. Dia orang tak mahu, apa lagi; aku, enal, einol, jamil, hamzah, hashim, namdot, nik ahmad zakil, mat kiok, clair, zamri, dan raiz suruh dia orang nyanyi lagi maktab. Kami semua pakat2 serius dan nett cakap, 'tolonglah abg senior; jangan le buat kita orang macam ni, nanti anak-anak kita orang tak makan,' Mendengar aja rayuan tu, kami semua terbahak ketawa. Ada ke dia teringatkan anak-anak dia. kah kah kah.. Ok, secara umumnya Dr. Aziz dan aku akan ke udara di RTM untuk program Selamat Pagi malaysia pada 2 Ogos jam 9.00-9.15 pagi. Kami bercakap soal intergrasi dan muafakat guru. Saat itu, kami akan mengambil contoh permuafakatan xmplp yang 'gelamour' dan mencapai tahap 'popularis'. Alamak, aku terbayang-bayang baris sajak "suara ini" yang tersiar dalam majalah tu... syadu dan terasa romatismenya. Malam ni tentu aku akan bermimpi lagi...


Mimpi
Din, ko ni memang kuat bermimpi la. Aku sekarang ni tidur jarang benor bermimpi, tau2 dah subuh. Apa rahsia ko bermimpi hebat macam ni ha? Lagi satu, bila masa lak aku ada gambar menari caca dalam majalah 87/88? Aku ada juga majalah tu, tapi tak nampak la pulak gambar aku. ni mesti kes salah orang la ni. aku ada majalah 87/88, dan 88/89, ko jeles tak? nak beli? sorry naik lorry hahaha!! Ramzi EXCO penerbitan tu pun tak ade majalah tu tau! Ok, mari kita announce kat semua xmplp, sapa yang ada majalah lebih dan nak lelong, silakan pada hari reunion nanti. Tapi sebenarnya majalah tu boleh di reproduce balik. Printing company boleh buat tu. Nanti kita tanya kengkawan yang pandai bab printing ni. Minggu depan nanti kita orang akan luangkan masa pergi ke MPLP untuk jumpa pengarah, dr sofi, nak bincang pasal reunion dan penggunaan dewan serta asrama yang sedang mengalami kekalutan sedikit ni.
Posted by zainal


Pre Reunion Utara 2
Salam semua. Esok (19/07/08) Pre Reunion Utara 2 akan berlangsung jam 2 pm bertempat di btpn kedah. Harap dapat diuar-uarkan sekali lg kepada mana2 rakan yang dapat kita hubungi. Menurut Shamsul dan Zahari mereka telah membuat persediaan dan menanti kehadiran xmplp utara esok....Jadi sama2lah memeriahkannya...Pro tem juga berpesan bahawa bayaran untuk Reunion 16 Ogos juga boleh dibuat esok jika malas nak bank in ke akaun zainal. Yang penting hadirlah, bawalah anak2 dan isteri2 sekali.
Posted by bob


Azman kirim salam
Assalamualaikum semua...Nett..hang ingat tak lagi Azman yg gaya macam Datuk K tu??? Aku dah telefon dia dah tadi..Dia tak sangka boleh cakap dengan aku after 18 years...Dia dah kahwin ada anak seorang...dah tak jadi cikgu lagi dah...Dia dah jadi manager minyak...bukan minyak urut tau...tapi minyak yg ytengah melambung naik harganya sekarang ni..jadi kalau hang nak minyak murah belilah bertong-tong kat azman..hehehehehe dia teruja nak jumpa semua ex classmates dia termasuk hang dan aku...chewahhhhh!!!! oh ya dia kirim salam kepada semua chatters yg mengenali diri beliau dan dia tak sabar nak gi reunion.... thank you very much kepada semua yg telah memaklumkan kepada kami mengenai maklumat terkini Azman sehingga berjaya contact dia...rasanya dia dah kaya raya dah..alhamdulillah bolehlah mintak dia sponsor apa-apa yg patut?????Tq Ramli..mushniha,Ramzi, Ramli JB dan lain-lain lagi..Jasamu dikenang....nett pls contact yatie...Yushieda tu sekarang kat mana????
Posted by issam hayy


Salaam....
mahizan a. mahir dari psm/pi/2/88 sini. ramainya xmplp...kah3! ada yg aku kenal...ada yg aku dah tak perasan. walau macam mana pun salaam untuk semua...


Atlast...
Welcome back Mahizan (kis Putra).. betul kata abg Enal agaknya Kis ni baru keluar dari hutan melaka kot g cari Hang Tuah..tu sebab dia dah ingat ingat lupa kat kengkawan dia. Issam..ko ni mmg la..abg Ramli JB blh cite kat Issam ni tak kat mana abg sorok Yushida sekarang..x reti reti lagi rupanya Issam ni. Anyway good luck for ur exam..jwb elok2 tau..ko seru je nama aku sure laju je ko jawab nanti. Abg Din..malam ni tidur basuh kaki dulu..asyik bebeno le mimpinya.Kalau jadi datang Ipoh bagi tau ye.K guys see u then. Wassalam
Posted by nett


Kecoh la ngko ni Issam.............
Assalamua'laikum dan salam xMPLP. Aku masih hidup di Kota Tinggi(maybe, not that high) ni. Aku dan Lan ade. Hidup menguruskan keluarga masing-masing. Itu cerita kat flat Taman Mulia pun masih ingat lagi ke? Manis kan kenangan itu. Yang ngko tu, pegi daftar dulu dalam senarai ahli xmplp. Suruh orang contact dia, pakai burung merpati agaknya. Dah tua pun _________(isi tempat kosong dengan dialog P. Ramlee). Buat Mahizan bin Ahmad Mahir........mana pegi lagi sekor budak C'Quoto.........Zack? Kau Mahizan, ingat lagi tak kat aku? Aku ada gi Melaka pada 2001. Cuma dapat jumpa Baharim Mat Yassin aje. Aku ngan Baharim cari ngkau kat sekitar Melaka tu selama sehari, tapi tak jumpa. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat gak dengar berita ngkau ari ni. Selamat.......walau apa pun yang sedang engkau buat sekarang. Aku nak sangat jumpa engkau ngan Issam sebab body engkau berdua dulu kurus meleding. Sekarang,... Salam buat semua warga xMPLP.
Posted by Yusainee


Salam Pre Reunion Utara 2
Alhamdulillah, Pre Reunion Utara 2 dapat direalisasikan juga akhirnya. Kehadiran 16 orang xmplp dan paling jauh yang turut bersama ialah Ibrahim Man dari Kuantan. terima kasih kepada wan mohd hashim, azizan dan zahari org kuat btpn kedah yang menjadi tuan rumah. Antara yang hadir ialah art bundle (perlis), shamsul ariffin (perlis),naim (perlis), nik ahmad zakil (nik ragbi) (kedah), kashfi (kedah),wan mohd hashim (kedah), azizan (kedah),zahari (kedah), ezat (kedah) dan bukhari (bob) (kedah), muhammad hashim (penang), sohizan (penang),ibrahim man (pahang), korsiah (kak lang) (kedah), husna (kedah) dan noraida (penang. Sukar untuk digambarkan suasana yang begitu menarik dalam pertemuan kali ini. Insyaallah rata2 yang hadir memberi komitmen dan masing tidak sabar untuk bertemu 16 Ogos nanti....gambar akan diupload kemudian....
Posted by bob


Salam dari utara
Seronok hari ni dapat jumpa kawan lama. Wlupun hanya kami tiga org perempuan tapi masih dpt berkongsi ceta. Aida seronok dpt berjumpa hari ni n diharap kita akan trus berhubungan selepas ini. Dan buat Hidayatul Husna wlupun berlainan batch tapi masih dpt berkongsi ceta yang sama.


Salam Kembali Buat Kawan-kawan
Assalamualaikumwbt. Tidak disangka jejaka-jejaka MPLP telah memunculkan diri satu persatu.Nett,tak sangka geng kita dah masuk dalam blog ni.Nett,Piah dah tengok gambar Nett dalam fotopages,dengan Ziha,Sazili,Zamri,Yusri semua dah banyak berubah.Tapi wajah tetap sama masih mantap,comel,anggun yang tambah handsome pun ada.. Apa khabar Issam dan Mahizan.Semoga sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.Issam, abang kerja kat Astro ye..last sekali tengok Issam masa rancangan POP KUIZ dulu. Masih maintain lagi kan... Mahizan pula kerja apa sekarang.Senyap sunyi macam Hang Tuah.Masih duduk kat Melaka ke.. Yusainee,nasib baik ko dah abis OUM. Format baru ni buat ramai tak puas hati. Aku dah report kat abang Ramli dan Shida. Ada lagi satu paper Ahad 27 Julai.Nanti ko datang KONVO sms aku kot boleh kita jumpa kat sana.Seronolah ko yea..dah boleh menenangkan fikiran. Buat geng Kedah,wah ari ni buat Reunion ye,tentu seronok borak sakan.Aku tumpang seronok dari jauh je..Nanti cerita tau. Wahai geng PJJ KPM/OUM, sume mesti tengah kalut study ni.Insya Allah,kita semuakan lulus dengan cemerlang.Buat yang terbaik betul tak Syeikh.. Okay lepas periksa nanti boleh chat lagi, Syeikh janganlah ada sekatan sebab reformasi, tak sampai kita semua.Cukuplah terkena masa last tutorial semester lalu, ramai terkandas dan lecturer pening kepala. Doakan semuanya berjalan dengan lancar.Insya Allah. Okay semoga berjumpa lagi. Abang Sudin tu asyik mimpi aje sejak pulang dari Indon. Roh dan jiwa dia dah 90% masuk ke MPLP. Nanti ada jawatan kosong pi lah join Amir Hamzah. KOt-kot jadi Pengarah IPBA ganti Dr. Sofi....Bukan abg Din sorang je,saya duduk 4 bulan pun tak nak balik sebab 1001 kenangan manis,pahit suka duka ditempuhi di sana. Kepada sesiapa yang dapat sambung KDP 14minggu,Tahniahlah.Orentasi mula Isnin 21 Julai,selamat melanjutkan pelajaran. Issam......Adli,Leen,Azizah,Asmah,Yatinah,Yushida ,Roslan,Bambang,Yusainee semua kat Johor. Adli,kalau aku ada tertinggal beritahu ye.K,jumpa lagi.Wasalam.


Tahniah..
Buat semua di Utara...tahniah!! kalian menjadikan perjalanan semakin bersemangat. Pak Yem yg aku kenal,aku terharu kesudian bersama rakan di utara wpun jauh, Syabas!!Aida ko dgn Sohizan turun jugak akhirnya. Kak Lang tq hadir sbb a day before kita sembang. Tak lupa penganjur khususnya gang2 di BTPN Kedah. Bagi rakan yg dpt KDP 14 mggu,sambut cabaran & jika sukses i allah Nov 30 anda ditawarkan ke OUM. Sudin, ko jgn mimpi lagi, Julai ni bulan melawat Kamdar laa..
Posted by ramliJb


seronoknya
seronoknya dengar cerita pasal reunion utara 2. minta maaf banyak banyak pasal aku tak dapat pi. last minute aku kena gi talks kat penang. dapat surat aku terdiam, nak kat tak pun tak boleh, boss sendiri beri surat. lagi satu sahabat lama si mahizan dah masuk dalam blog ni. hang buat apa la ni? lagi satu sudin call aku masa kat putrajaya hari khamis lepas. sorry la aku tak dapat join hampa kat amjal. terima kasih atas pelawaan tidur kat rumah. itu pun aku tak dapat penuhui buat masa ni. tentang bendera mplp tu, insyaallah aku akan usahakan. semua ini menjadikan rindu untuk bertemu semakin hari semakin bertambah. ngut....lama hang tak masuk, pi mana?


Mahizan!
Tersebutlah kisah seorang pahlawan Melaka yang menghilangkan diri ke dalam hutan benut. Setelah berpuluh purnama bertapa di belantara, tiba-tiba pada suatu malam yang gelap gelita, beliau telah bermimpi didatangi seorang tua berjanggut panjang menyuruh beliau melawat xmplp. Maka hari ini datanglah Mahizan Ahmad Maher atau lebih dikenali dengan nama CIUM (KISS). Selamat datang wahai adindaku Mahizan kuang3x! Tipon aku woi! Ko kat mana sekarang ni? Bi***e ko, laha**u punya budak, hilang terus tak dengar apa berita aku ingat ko dah m****s dah! hahahah! Ha, kalau dah tau masuk tu, pandai-pandai lah daftar diri tu ha!
Posted by zainal


SALAM DARI KEJAUHAN..
SALAM, Enal, aku terpaksa ke Bintulu. Urusan kerajaan. Kiss (Mahizan) kau pun tahu makna merajuk juga ke? Tak rock lah bro. Bukankah aku turut mengindahkan lirik lagu 'kain cinta putih' tu. Kau dah lupa ke? Apa-apapun aku selalu teringatkan saat kau ajar aku petik gitar dan itulah satu-satunya lagu yang aku boleh main dengan baik iaitu 'keroncong untuk ana' (lagu m.nasir tu) sb aku tukar 'ana' kepada '...'. Kau main takraw lagi ke? Tahniah kpd reunion utara. sejuk hati baca cerita hangpa. Mudah-mudahan kita semua dapat bersatu kembali. Hanya satu sahaja yang aku minta iaitu tolong daftar kehadiran reunion 16 ogos ni sebab nak budget makanan. YANG INI AKU MINTA TOLONG SANGAT2. DAFTARLAH SEGERA MELALUI SMS ATAU MAKLUMKAN DLM BLOG INI. Bukan apa? Takut makanan tak cukup atayu berlaku pembaziran. Kesian kat Mahyuddin yang sanggup sponsor topi dan stiker sebanyak 150. Bayangkan kalau tak ada orang nanti... tentunya kami proteam ni boleh jadi gila tau. Kita tinggal kurang lebih 25 hari aja lagi. Kerjasama anda semua amat kami hargai. Ok, aku balik kl hari rabu. Enal, kau kena jumpa juga Dr. Sofi untuk urusan hostel. Ramzi tinggal tunggu jumlah ahli aja utk booking makanan. Ok, aku nak fly dah ni... 2/3 malam ni aku mimpi bertemu dengan bidadari mplp. hehehe salam dari kejauhan. mahizan tolong daftar diri spy mudah untuk dihubungi.


teman lama..
Alhamdulillah... jadi juga reunion xmplp utara. terima kasih buat gang di btpn kedah. ada sikit gambar kita aku upload dalam http://shamsulariff.fotopages.com Insya Allah jika ada kesempatan aku akan up laod yang lain pula. pada gang yang sedang berhempas pulas ngan exam oum... aku doakan kalian sukses..sukses.. aku pun ada exam oum 26 & 1 Ogos ni.. buku haram tak baca pun... tapi pass serupa tu juga... so jangan tention dgn exam... "don't worry be happy.." salam mplp


orang tua ni nak beleter kejap
Tu laaa din n dr aziz .. hangpa lambat nak bagi 'kepala surat' dan Q n A .. dah ramai org lain book SPM 3 ogos ni .. JANGAN LA SEDIH BANGG .. 3 OGOS HARI AHAD .. HANG NGAN AZIZ .. BE READY OK. PI AWAL TAU .. NAK MAKE UP LAGI .. PAKAIAN YG SESUAI .. Q n A .. AKU DAH SEND KAT EMAIL HANGPA. KALAU TAK TAU TEMPAT PI LAA BEBILA FREE JANGAN HAI TU NAK ON AIR BARU NAK CARI STUDIO. OK SUDIN N DR AZIZ. TENTANG PAPER TU .. BUAT SAUDARA ZAINAK , RAMZI , YUSRI , AZIZ & SAPA SAPA YG NAK APPEAR TU BAGI LA AKU CEPAT APA YG AKU MINTAK TU .. (GAMBAR HANGPA & KETERANGAN MAJLIS TU) OK. TQ. LAGI SATU .. 27 JULY NI APA CITER ... LAYU JEE!! TAKDE SAPA PUN RESPON !! HJ ENOL JE YG BGTAU ADA EVENT PD TARIKH TU .. SO ?? RESPON LA. LAST SKALI .. MINTA MAAF JIKA BAHASA ORG TUA NI TAK DISENANGI, AMPUN MAAF TUAN TUAN SEMUA.
Posted by nasmy


TITISAN JERNIH MAKAM MPLP
Salam ketemu lg dlm wadah ini. Wahai Mr Bolan bukan menyepi tapi kerja dunia menuntut banyak masa hidup aku sehari dua ni kerana persiapan pemantauan iso.. Dah selesai lega bebeno. Pas ni ada masa 2ari nk selak2 buku utk exam lak. Entah lah... Hai kak piah sihat ker. Seronok bebeno dia bila udah mula ramai gang2 pi menerobos laman ni. Bagus la kita sama2 memeriahkan blog nie. Kalau tidak kita warga mplp siapa lagi yg hendak memeriahkan nyer. Tak g2 kak piah n abg hj din. Ptg ahad yg baru berlalu masjid tapah dan gerai satay tapah menjadi saksi pertemuan dua sahabat karib warga mplp duk serumahd blok 5 pantai puri. Dia duk dlm stor kecil jer di tingkat 1 blok 5 tapi jiwa, semangat juang dan jati dirinya cukup kental. Aku cukup kagum dengannya. Dgn jambang yang nipis dan janggut yg masih terpeliharan, senyum yang sejemput, rambut masih belum ditumbuhi bunga lalang menangis aku dlm diri bila berdakapan dgnnya. Hampir 18 tahun tak ketemu dgn ini. Siapa lg insan itu kalau bukan Pak Yem- org kuat PGPI... terima kasih Pak Yem krn sudi bertanggak seketika di tanah tapah. UNTUK NAMDOT DAN WARGA MPLP PERAK sebagaimana ketetapan dlm perjumpaan pertama kita telah membuat 1 ketetapan untuk mengadakan hari keluarga pada 27hb julai nie tapi sampai saat ni masih blum mendapat respon dari kengkawan. So sekiranya ada kekangan untuk mengadakannya kita terus sahaja bawa pertemuan itu kepada 16 Ogos. Amacam.. diperhatikan bnyk juga kekangan dari rakan-rakan d Perak utk majlis hari keluarga tu. So hrp dpt respon dari rakan2 perak. Org tua udah berckp di atas tu.... hehehheh sabo my bosssss. Nanti jadi cam ramzi darah tinggi lak. hahaah.2HB 0G0S 2008 JGN LUPA SEMUA JASAD DAN ROH MPLP TONTONLAH SELAMAT PAGI MALAYSIA utk melihat jaguh warga kita keudara di kaca tv.Bro Ramli apa citer la ni? R u ok n sihat serta segar bugar? Betul gak kata kak piah tu... bagi lulus semua udah ler tak yah la menyusahkan... k tak bro ramli. Nanti berbondong lak piket kat OUM heheheheh.... REFOMASI.. udah lama tak dgr ungkapan tu kak piah oiii. Tapi biasa la kak piah ooo.. nk wat cam na wajah kita pun sama tapi tak serupa. Abg hj ni asyik merantau jer tapi tak pa menyampaikan dakwah yee...sampaikan ilmu walaupun hanya 1 ayt. Nett jgn lupa respon 27 ni tau klu baca tulisan nie.. Bob cam na sek baru.. so far so good ker.? Budak kpg awah si basri tak reti2 guna internet ker?


SABO LE SYEIKH...
Syeikh, klu ko nak tau, budak kg awah tu,aku tngh ajar pakai internet la ni...Nanti bila aku dah bg ijazah kat dia, baru boleh masuk sini.Ko tak leh bg dia ijazah psl aku tngok ko nak dpt ijazah OUM pun naik ribut je..he..he.. jgn mare syeikh...
Posted by Bahri



Salam Syeikh,bukan main awak ye... ajak la geng PM turun sume..geng saya dah ada.. Tahniah dapat pencalonan untuk anugerah ISO.Wow... bukan senang nak dapat tau. Sekarang pun Audit tengah minta hantar data,kalut juga nak siapkan.Ju asyik ronda je tapi dia terror takpe sume dalam minda dia. Baca buku tau,jangan dok pantau aje... Terharu juga bila baca kisah pertemuan setelah hampir 17 tahun geng PGPI, geng PGP- AJK tah ke mana-mana. Exco saya pun tak masuk blog ni. Seronok kan jumpa kawan-kawan,macam-macam nak cerita tak cukup waktu.Terkenang zaman remaja ye Syeikh...Awakkan disegani,dikagumi kerana ilmu agama yang selalu dikongsi bersama. Okay semua orang tunggu 2 Ogos.Abg Enal dah call ke no yang saya beri tu.Syeikh 26 JULAI ganti sekolah seluruh Malaysia la.KPM dah keluar surat siaran. Pada siapa-siapa yang minta Program Pengsiswazahan KPM, sume akan ditaja cuma sedia kenderaan sendiri,bestnya dia orang yang dapat tu. Kat skolah sume sibuk nak key in sampai sekarang dekat 10,000 satu Malaysia.Tiba-tiba aje makmal jadi tumpuan. Okay lagi sekali semoga dapat menjawab dengan tenang dan Insya Allah akan berjaya.Jumpa lagi.


SALAM DARI TANAH BINTULU
SALAM, saya masih di bintulu dan hari ini pulang ke KL. Fuhh, bintulu menarik, tenang dan damai. Kalau anda sukakan keindahan dan suasana romantis, silalah berkunjung ke sini. Yang penting sepi gila! Wah, kepada teman2 yang sibuk di OUM, tahniah kerana belajar dengan gigih dan tabah. Jangan bimbang, abang RamliJB kita boleh tolong sangat2. Yang penting nak belajar. Betul tak Ramli? Enal, apa cerita hostel? Ramzi, PhD hang cam ne? Kepada kekawan, ingat pengesahan kehadiran perlu dimaklumkan segera sebelum 31 Julai ni. Maklumlah, slps ni, akan bermula urusan booking makanan dan macam2 lagi. Ok, nanti balik KL, kita sembang panjang lagi...


Bintulu
Buntu aku Din. Ko sedap la kat bintulu, jalan melulu. Aku dah bercakap dengan Dr Sofi hari Isnin lepas. Dia kata asrama tak ade kosong sebab KPLI masuk bulan 8 nanti. Itu hari masa kita pergi sama2, dia kata ok. Asrama ni sebenarnya kerja Shukri, tapi dia dah hilang tah ke mana. Aku minta Hamzah la tolong, sebab dia senang ada kat sana. Aku juga dah cakap kat Dr Sofi kalau rumah tumpangan boleh digunakan, tapi katanya tak ada rumah tumpangan. Hamzah, ko tolong korek sikit kat sana, aku ni kalau bercakap dari luar sahaja, mana aku tau apa yang ada di sana tu. Itu hari ko kata ELTS boleh pakai. Apa benda ELTS tu? Setakat ni bayaran yang telah dibuat dalam akaun aku telah mencecah sebanyak RM400 JUTA (RUPIAH). WUIH! BANYAK TUH! DAH BOLEH BUAT SATU BANGUNAN ASRAMA BARU TUH! HAHAHAHA! Korang ni semua, berangan bermimpi buat reunion, exco kat sini nak bagi deposit makan pun tak berani, sebab tak tau berapa ramai yang nak datang, sebab bayaran sampai sekarang sungguh "membanggakan"! Kita tak mau jadi macam Perak itu hari, Azman sedia makan untuk 60 orang, yang datang, alahai! kuang3x! kesian namdot. jadi kalau kesian kat pro tem kat sini, cepatlah mendaftar dan buat bayaran. kita orang tengah nak buat banner ni ha. Safiah, saya tak le menelefon nombor yang diberikan tu lagi utk TV3, sebab tengah concentrate yang RTM punya. Si Zamri tu mabuk agaknya. Program SPM tu hari AHAD 3 OGOS daaa...! bukan 2 OGOS! 2 OGOS tu hari Sabtu da...! Tu la, banyak sangat bersatra, xmplp pun boleh jadi xmplm, 3 ogos jadi 2 ogos. Yang ni bukan aku kata, boss hang yang kata, si namdot hahaha! Kita orang baru lepas mengutuk ko tadi dalam tipon.
Posted by zainal


Hostel ke Hotel
Salam, Pasal hostel tu... apa kata kita dok Hotel je yg dari luar KL.Family boleh lepak kt hotel.Nak gi MPLP boleh kongsi kereta...Klu jadi nett boleh tolong bookingkan...tapi kenale bagi tau awal.Bayaran RM 100 tu nett akan bagi 27 ni kt Ipoh.Bye...
Posted by nett


Yesssssss
Gumbira aku dapat membaca cerpen dari Mahizan, ada respon juga akhirnya. Sapa2 yang tau macam mana nak konteks dia, sama ada email ka, no. handfone ka, atau kedua2 selaki ka. Mahizan, kalau kau baca masej ini tolong balas balik.
Posted by ramzi


AYUH, CEPAT KITA BERTINDAK
SALAM. Aku menaip di KLIA. Turun kapal terbang terus masuk blog. Enal, sabar.. bukankan nak menguruskan manusia lebih sukar daripada menguruskan yang lain-lain? Oleh itu, aku ingatkan sekali lagi kepada kekawan supaya segerakan pendaftaran. Reunion kita ini akan tetap berjalan dengan muhibah. Percayalah. Cuma, untuk ke arah itu kita semua kena beri kerjasama yang erat. Aku percaya, dengan bimbingan dan kehebatan guru-guru kita di MPLP dulu, kita punya kekuatan untuk bersatu kembali. Oleh itu, mari kita bertindak segera. Wakil-wakil zon (utara, selatan, timur dan tengah) tolong punggut wang pendaftaran rm100 dulu. Kalau lebih nanti pro team pulangkan balik. Mahyuddin kata 'tempahan topi dan stiker dah siap'. Oleh itu, marilah kita sama-sama bersatu tekad dan hati untuk tidak mengecewakan diri kita sendiri. Hamzah, kau cuba-cuba pujuk penjaga hostel itu untuk buat susun atur semula asrama tu. Alaaaa susah2 kita tidur aja kat ODT dan surau aja...Aku sanggup aja sebab MPLP itulah antara kenangan paling indah dalam hidup aku. hehehe


Tidur
Tidur kat mana2 pun boleh. Hotel memang la belambak kat KL ni. Yang syahdunya ialah kalau dapat tidur satu malam di asrama MPLP tu, tu yang tangkap sayu tu. Tapi tak apa, kalau tak dapat asrama, kita semua pakat jangan tidur la malam tu! Kita semua lepak kat ODT atau classroom. Atau sesapa yang hero boleh tidur kat bilik mayat kat lembah pantai hahaha! Jangan bimbang, tempat tinggal bukan masalah besar. Sapa yang nak tidur selesa dengan pasangan masing2, cari la hotel sendiri. Nanti kalau betul2 asrama tu tak dapat, kita isytihar pengurangan bayaran yuran. DIn, apa maksud ko menguruskan manusia lebih mudah daripada menguruskan yang lain2? Ko jangan hina kengkawan kita semua ni. Jangan ko buat perbandingan kawan dengan benda lain bang! Benda lain banyak konotasinya, termasuk lembu dan kambing hua3x!
Posted by zainal


salam dari kampung asli
hari ni aku kuar sekejap dari kampung asli kat ulu banat tu. nak juga tengok dunia luar. apa- apa pun tahniah buat pak yem , isteri dan rakan- rakan yang buat reunion kat kuantan tempoh hari. tak sabor tunggu big reunion kat kl. yeahhhhhh. idup xmplp
Posted by sabri


Kampung Orang Asli
Hai Ber! BAru keluar ko dari kampung orang asli! Tak apa lah, mengajar anak orang asli lagi bagus! Kan asli tu, original! Geng lain semua mengajar anak orang tiruan hahaha! Update kutipan setakat hari ini ada lah dalam rm500 juta. cukup la nak beli mercedes E200 kat terengganu tu kuang3x! ok kengkawan semua, jangan mengelamun lagi dah. ni masa untuk bertindak, bukan bertindik. marilah sama2 menjayakan program reunion ni. cepat2lah daftar dan membayar sebagai komitmen anda akan hadir pada 16 ogos nanti. Shamsudin dan Dr Aziz akan muncul di kaca TV pada 3 OGOS 2008 dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM1, slot pukul berapa aku tak tahu lagi, harap2 pukul 9 hingga 10. kalau kena pukul 6 pagi pun, mari lah kita ramai2 bangun awal hari tu untuk tengok kawan kita berdua tu beraksi di depan kamera dengan disaksikan berjuta2 rakyat Malaysia! Puh! terharu sungguh aku dengan usaha si Namdot ni. Kalau dia ada kat depan aku ni, aku julang dia sekarang jugak! Tahniah kawan!
Posted by zainal


orang tua ni nak bertanya pada kenkawan ..
BUAT TEMAN TEMAN XMPLP SEMUA .. ORG TUA NI BAGI PIHAK KENKAWAN YG LAIN NAK BERTANYA .. PLSS RESPON OK.. SEWAKTU PRE REUNION PERAK DULU ADA CADANGAN UTK PERJUMPAAN 27 JULAI NI SO TAKAT NI RESPON NYE LAYUUUUU JE. HJ ENOL NAK HANTAR ANAK PI NASYID .. KATANYA YG LAIN TAK DAPAT!! .. TADI , ORG TUA NI TERIMA CALL DARI HAMZAH .. DIA NAK TURUN KE PERAK DGN SUDIN .. JADI DENGAN ITU SEKALI LAGI ORG TUA NI MOHON KAWAN KAWAN.. MACAM MANA 27 JULAI NI??? HAMZAH TADI ADA CADANG BUAT JE DI MANJUNG COZ KAT MANJUNG ADA .. SAZILI, WAN PAUZI DAN ISTERI, ROHAYA, USTAD RAZAK, ORG TUA NI .. DAN KALAU ZAMRI DR TAPAH PUN TAK LA JAUH .. GENG DI HILIR PERAK SEPERTI SHAHRIL, JUMARI DAN X LEC KITA TN HJ RASHID WOK PUN TAK JAUH .. SO MCM MANA??? PLS BAGI RESPON .. PLSS.. TOLONG LA KENKAWAN .. ORG TUA NI MOHON PERTIMBANGAN KAWAN KAWAN SEMUA .. DLM ASPEK KEJE MMG BULAN NI AKT PENDIDIKAN TERLALU PADAT .. SABTU AHAD PUN ORG TUA NI KEJE .. NAMUN ATAS DASAR UKHWAH YG BARU DIJALIN SEMULA INI ORG TUA NI MERAYU SEKALI LAGI AGAR KENKAWAN DPT RESPON DGN KADAR YG SEGERA .. SEKIAN .. MOHON MAAF JIKA ADA PERKATAAN YG TAK DISENANGI .. MAAF KAN ORG TUA NI. WASALAM.
Posted by nasmy


ulang siaran di ODT!
aku ni di bt pahat kebetulan sebulan sekali memang aku dipejabat sini. Selain tu ada jemputan mewakili top gun bg talk kat bakal pelajar kdp 14 minggu di IPTHO & sehari sebelumnya di IPTI. Dah rutin tahunan jika prog ini ada.Sambil bercakap harap-harap adalah xmplp ...cuma tak war-warkan,setakat aku bg hints. klu depa itu adalah orgnya tentu akan meraung masa tu sama ada keluar suara @tidak aje. Hei..sabri kuar jugak awok dari kg ulu banat ke aper ke..Malam semalam si Mazlan Apek kat kelantan cal aku.tqvm Lan. Siang nyer Puan Intan IPDA, Intan ko adjustla tarikh hang kena out stn 15-16hb ogos...ke tarikh lain spt aku bgtau. Tahniah namdot,mudah-mudahan ramai akan bersama program SPM. Sedih sikit selaku pro-tem tk dapat nk tengok kerana ikut jadual pagi tu aku masih di jakarta,flgt balik thari..tolonglah rakam kekawan, dan sebaiknya kita dapat ulang siaran/ tayangkan kembali di ODT pd perjumpaan Ogos nanti.Satu cadangan bagaimana!
Posted by ramliJb


SPM 3 ogos ... pening sikit
GENG SEMUA .. PLS RESPON.. SAT TADI .. PENERBIT SPM CALL AKU .. DIA KATA .. TAJUK YG AKU BAGI TU MEMANG SESUAI TAPI .. BOSS DIA SURUH BUAT SEGMEN TOPIK... MAKNA NYE ... PANJANG PUNYE SLOT.. PUNYA LA LAMA BEBINCANG .. SESAPA YG FREE PLS CALL ME ATAU RESPON BALIK COz aku duk lari masuk bilik kejap .. ada meeting ni. PERSOALANNYA.. IS IT CLEAR KE DGN KPM SELEPAS KITA BERCAKAP DLM TAJUK TU.. AKU TAK MAU NANTI DIANNGAP KITA MEMANIPULASI ATAS DASAR TERTENTU..K.. AKU MASUK MEETING BALIK.. RESPON K KENKAWAN
Posted by nasmy


WAH, GAWAT NI PAK. BISA PUSING DONG...
SALAM RINDU. Man (nasmy), aku setuju buat di Manjung aja. Insyallah, aku, Hamzah dan Ramzi (sekeluarga) akan turun. Kita makan durian Manjung; baik punya... Enal, kau kena ikut sekali. Einol dan Aziz pun kena turun juga? Warga sewilayah Manjung lagi wajib fardu ain utk memeriahkan pertemuan. Kita buat meeting sekali. Fuh, tentang RTM tu, nampaknya dah jadi agenda lain pula. Tapi tak pe, nanti kita buat susunan semula. Kalau dah besar tentunya panelnya nanti takut tak sesuai pula? Apa-apapun, moga rancangan kita ke arah itu tercapai juga. Kak Lang tak nak turun Manjung ke? Ialah, KPM pun satu, ada ke hari sabtu ini sekolah. Kalau tak rasanya ramai lagi boleh turun. Ok, kita jumpa di sana.


KAWAN2, MASALAH ASRAMA SELESAI
Kawan2, ini ada berita gembira. Masalah asrama (penginapan waktu reunion 16 ogos) selesai sebab Hamzah dah menemui jalan penyelesaian. Tahniah Hamzah. Ok, kepada rakan2 lain - pastikan kita dapat meraikan keindahan memori itu sebaik-baiknya. Tinggal 21 hari aja lagi....


ASRAMA UNTUK REUNION 16/08/08
A'salam... untuk semua XMPLP yang dikasihi. Nasib baik masalah asrama dah selesai. Kalau tak nak aje aku cadangkan kita lepak kat rumah member XMPLP yang tinggal kat Lembah Kelang. Kihkihkih. Ramzi ambik 10 orang, Enal ambik 10 orang, Dr Aziz ambik 10 orang Haji Din ambik 10 orang...hehehe...rasa-rasa cukup nak tampung kita semua. Bagi diorang sibuk sikit layan kita... Sorrylah lama tak join sembang dan jerit. Sibuk sikit minggu baru-baru ni. Tahniah pre reunion Utara 2. Jeles tengok Pak Yem gi Pre reunion Utara. Langsung tak sound nak pi. Kalau tak... boleh juga cek pi sekali. Ramai yang cek kenai muka tapi nama tak ingat. Cuma Aida je yang cek ingat rupa dan nama. Produktif lagi rupanya...hihihi. Tak paa. Selagi mampu bikin, teruskan. Cek dah stop sebab tak boleh dengaq budak-budak bergaduh...darah tinggi, sakit jantung dan macam-macam mai naik...hehehe. Tulah agaknya Si Enal duk ada sorang je tu .... hehehe. Tak paa Enal, hang pi menuntut dengan Mahyuddin. (Sorry Hawa...cek gurau je) hehehe.


Reunion......................
Assalamua'laikum. Tahniah untuk brader-brader yang susah payah buat reunion ni. Dulu kata RM 150.00. Sekarang dah jadi RM 100.00 je. Minyak naik tapi team xmplp kita masih mampu turunkan kos. Wow! Amazing kan. So. kengkawang ape lagi dok tunggu. cepat masuk daun, daftarlah untuk kesejahteraan anda. Mana nak cari member yang boleh bagi kita kemudahan macam ni. Tahniah untuk YOU all. Wa salute you............
Posted by Yusainee



Alhamdulilah ramai dah join xmplp kita nie, semoga impian kita akan menjadi kenyataan. Bagi kwn2 di luar sana please buat pengesahan utk kehadiran pada 16hb nanti. Bukan apa, utk memudahkan urusan kwn2 kita yg bersusah payah merealisasikan impian utk mempertemukan antara kita, sesungguhnya besar pahala bagi orang2 yg mempereratkan ikatan silaturahim sesama kita. Insyallah!!!!!
Posted by Wak Hassim


Tahniah
terima kasih kepada yang ucapkan tahniah tu, tahniah tu untuk kita semua, bukan utk individu. kita kena ucapkan syabas sesama kita sebab ni semua collective effort. kalau aku sorang buat tak kan menjadinye, sebab tu aku rope semua orang utk buat kerja sama2. yang tak dapat jadi pro tem co, kita rope in their commitment through monetory. so, marilah kita sama2 komited dengan usaha ini dengan cara meningkatkan tabungan kita agar usaha ini berjaya!
Posted by zainal


TERHARU.....
Hari ini Jumaat 25hb Julai....Baru ada kesempatan di sini.Pertama2 penjatkan kesyukuran kerana setakat ini kemeriahan semakin diperkenankan.Teman terharu bila dengo Hj.Shamsuddin dan Hamzah sanggup turun Perak nak jumpa lusa 27 Julai ni...Respon drpd kekawan amat mendukacitakan....Maklumlah keluarga semakin besar dan tanggungjawab bertambah...Anak2 pegang baju ABAH...emaknya pula pegang seluar ABAH juga...Orang kampung dok ketuk pintu rumah..macam2 hal...So dari repon kengkawan ramai yang tak dapat hadir Perak 2nd yang dirancang tu.Mat Kiok ke pertd tekwando..Ada sahabat yang baru dapat anak..Halim x dpt kontek.....termasuklah teman...Atas kebijaksaan Tuan Norazman Shah lah...Lagipun kata depa tarikh keramat tu dah dekat...x sempat nak rindu- rinduan...kan...Tahniah sekali lagi pada pro team.Semoga apa yang kita rancang tercapai...Wassallam.
Posted by einol


macamana pasal slot?
azman shah,bgmana hasilnya pasal slot? perlu ke ruj ke kpm..manalah tau jika ia sedikit tersentuh pasal dasar ke ape..ke. biasa lah bab ni klu nyatanyer tokeh2 diaorg yg nk bercakap..hope evthg ok,salam
Posted by ramlijb


Slot RTM
Adusss! Apahal la pulak dengan KPM ni! Susah sangat nanti aku pi jumpa menteri dia, aku pi luku kepala dia hahah! Ala, korang jalan aje. Itu la pasal aku kata KPM ni banyak songeh. Lebih baik kita cakap pasal benda lain, bagi tajuk lain aje lah, yang tak menyentuh soal dasar. Kalau susah sangat, macam ni aje la. Sudin dan Aziz kita kekalkan. Pas tu kita masukkan Ramli dalam panel tu. So, jadi la Ramli, Sudin dan Aziz. So, kena sangatlah dah tu! BUJANG LAPOK! HAHAHAHA! BAWA PENDEKAR MUSTAR SEKALI. KITA CERITA PASAL SILAT MELAYU, TAK ADA SAPA NAK KENA MARAH PAS NI. NI YANG BUAT AKU NAK MENGAMUK NI! SHARIFF DOL!!! MANA KO HA!?
Posted by zainal


gambar lama
Salam sejahtra. Saya ada hantar gambar lama yang tinggal / terselamat dari banjir 2002. Hantar Kat Buhari. tunggu dia upload.
Posted by adli


REUNION PERAK KE2
PRE REUNION PERAK KALI KE2.. UNTUK MAKLUMAN TEMAN TEMAN SEMUA. ADA SEDIKIT PERUBAHAN BERKAITAN DENGAN REUNION KALI KE 2 INI. TEMPAT PERJUMPAAN DI MANJUNG ... BUKAN DI IPOH SEPERTI CADANGAN AWAL. WAKTU JUGAK BERUBAH DARI 27 JULAI JAM 10 PAGI BERUBAH KEPADA 26 JULAI HARI SABTU JAM 8 MALAM. HARAP MAKLUM. kebanyakan kenkawan .. tak dapat utk bersama kerana komitmen yg lain, oelh itu xmplp yg di manjung khusunya rohaya anita @ nett dan wan muhamad pauzi .. akan berusaha memastikan perjumpaan ini dapat dilaksanakan juga. Zainal .. turun la sekali ..DR Aziz..turun la .. kalau ada kelapangan .. by d way aku mcm minggu minggu yg lepas BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.. bulan juali ni takde sabtu .. takde ahad .. aku pun tak tau nak kata apa.. tq kenkawan yg sanggup usahakan perjumpaan ini. BAGI SDR ABDULL DAN TEMAN TEMAN DI PNG .. U R WELCOME.. HJ ENOL N D GENG DI UTARA PERAK .. U R WELCOME..ITU SAJA MAKLUMAN UTK XMPLP TENTANG PERJUMPAAN PERAK KALI KE 2.. BOB .. PLS TAKE NOTE, OK.TENTANG SLOT RTM .. NANTI KITA CITER LAIN COZ DEPA NAK BAGI SEGMEN 30 MIN .. BUT WE TRY NAK JUGAK SLOT .. 10 MIN. YG BERKENAAN TTG BAB NI LATER KITA BNCANG K. MINTA MAAF KALAU BAHASA ORG TUA NI TAK ENAK DIBACA. W/SLM.
Posted by nasmy


Ya Allah..tensionnya aku!!!!
NETTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT...tensionnya aku...aku dah taip lebih kurang 100 patah perkataan berkenaan kawan-kawan kita kat MPLP last-last aku nak send laptop aku HANG!!!! fed up betui aku......ni aku taip sekali lagi tapi mesti aku punya idea dah kurenggggggggggggg.. Mengapa hang buat reunion tu malam Ahad..esoknya kau nak periksalah NETT...Kertas TMK pulak tu..Kau kan tahu aku memang TERROR sangat kertas tu...itu ..itu pasallah aku kena study betui- betuii...kaau buat kat Ipoh guarantee aku pi....malam ni aku gi rumah kawan buat study group..sebab paper ni aku tak suka langsung..chatting aku sukalah Nett..jawab soalan aku tak suka..tah apa-apa nanti yg keluar soalan dia....(maaf ye kekawan aku ni nak lepas tension..sebab nak periksa fimnal sem..kat OUM) Yusainee (ABang)ke mana menghilangnya????sudah puas hamba mencari baru sekarang keluar dari bertapa..Kat Gunung Ledang kut???mengajara kat mana sekarang ni??? Kahwin ngan siapa ye??? ngan si ******* tu ke atau ngan orang lain???apa-apa pun itulah jodoh namanya...apa-apapun semoga InsyaAllah dikurniakan kehidupan yang sentiasa dirahmati Allah s.w.t Abang ingat lagi rumah tu???Flat Taman MUlia tempat Roslan ###### tu??? Mesti ingat lagi kan???tapi rasanya jalan ke situ dah banyak perubahan..hari tu ada pergi tengok sekali...masa gi KL..Hazleen pun saya dah contact..dia macam biasa...masih keep in touch dah ada anak tiga saya pun anak 3 abg dah berapa org ye? maaflah forum ni dah jadi kaunter pertanyaa (tempat bertanya khabar) ...maklumlah lama tak jumpa....Nazri ada ontact hari tu...Adli pun sama yg. tak contact langsung si Roslan tu....tapi tahulah sikit-sikit cerita pasal dia tu....hopefully boleh jumpa dia...Safiahhhhhhhhhhhhhhh at last...hang masuk dlm blog ni..tq sebab masih ingat kat aku ni hehhehehehhe....NASH macam mana?? sihat>>??anak- anak sihat ke?????dah berapa orang cahayamata???? maaflah busy body sikit..maklumlah lama tak jumpa..tengok muka si pembaca berita TV3 tu teringat pulak hang kat MPLP..hehehehh..apapun all the best dan semoga berbahagia denga family yang ada sekarang..kalau ada umur yg panjang bolehlah jumpa dan kenal mengenali antara keluarga pulak....mengajar kayt mana??? KISSSSSSSSSS (Mahizan..at last here u r..) what happened to u bro??? What r u doing now??? Have u stopped teaching...and how's life...u still remember me???? The last time I met u was at SuperKinta (studio 26) that was when u were promoting ur album..NAZIRA..yg meletup-letup tu...don't u want to record new songs...??Why don't u make a comeback????anyway do u still remember me??????hahahahahahah..hopefully u still remember me this skinny guy...who is in the same class with nett and noriatie...so Kiss all the best for ut future and my prayers for everyone in this blog...hopefully I can meet all of u at Kuala Lumpur .....betul ke Nett telematch nak buat kat Dataran merdeka??????? Wow...kelasss gituuuuuuuuuuuuuu....sure gempak punya kalau betullah...hehehehehehe kalau ada lari dalam guni aku nak masuklah sebab aku ni johan dalam acara tu...tiup belon aku tak boleh sebab cepat semput..angin dah kureng..acara tu beri kat Adli..itu mmg kegemaran dia..heheh ADLI kau jangan marah kat aku ye...NETT..aku tak confirm nak gi rumah hang lagi tahu sebab nak exam anyway tq for the invitation...insyaAllah jumpa on the 15 or 16 Th August kalau tak ada aral dan halilintar melintang....ok then see u nETT, safiah, abang, adli dan Yushida hang ke mana?????nak chatlah ngan shida...senyuman yg menusuk kalbu....bila tengok pakai tudung wow..bertambah ayu...pls chat ngan kita semua ok....teringat betul kenanga bersama kawan-kawan yang lain juga... chat see u next time..InsyaAllah byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee 4 now.
Posted by Issam Hayy


Sapa nak jadi pendekar Mustar
Enal kau ni memang kreatif ... sensitif dan kelakar betullah. Aku baru terperasan Aziz, Ramli dan Sudin. Persoalannya ialah sapa nak jadi Pendekar Mustar. So mari kita sama-sama mencadangkan calon-calonya. Ciri-ciri utama ... boleh cakap slang JAWA and tak berapa tinggi. Kepada kekawan aku menyeru come on lah kita tunjukkan sokongan kita kita kepada usaha sahabat-sahabat kita yang bekerja bersungguh- sungguh untuk re-union ni. Kita yang dari jauh ni jangan berlengah lagi ... mari kita penuhkan dana re-union kita dengan membuat bayaran segera supaya aktiviti dapat dirancang dengan kemas dan mantap.Ingat... kita dah tak ada banyak masa.


Buat geng
Wah! Issam bukan main rancak dan panjang borak yee.. WEI,orang dah lama masuk la tak percaya pi buka blog yang dahulu punya. Kenangan MPLP adalah yang paling terindah,penuh suka duka pahit manis. Issam nanti beri no Hazleen.Lama takjumpa dia n Zizah. WEh,Issam pun periksa TMK ke,samalah kita.Piah hari Ahad 27Julai.Baca juga buku tapi TMK ni bidangnya luas jadi payah juga. Issam amik major n minor ape. Kelas kita ada juga amik program PJJ KPM-OUM.. Orang Perak buat reunion 2 kali dalam tempoh terdekat.Baguslah tu. Nett,Ziha nanti kirim salam pada kawan-kawan yang datang. Issam nanti kita rebus ajela buku dan minum airnya hehehe... Tentang Nash,dia masih kerja TV3 tapi tak baca berita. Kalau ada buat liputan,dia akn muncullah. Sekarang jadi Pengarang Berita kira macam bossla.Jaga wartawan,jurukamera,juruteknik. Buat kerja-kerja tentang berita sebelum dipaparkan dalam Buletin Pagi,Berita Utama. Anak? Lima,Alhamdulillah. Piah mengajar di S.K Seksyen17 Shah Alam dari tahun 1993 sampai sekarang. Insya Allah kita semua jumpa pada 16 Ogos. Tak sabar juga rassnya. Buat Syeikh,kita ada lagi satu kertas dan selamat berjaya untuk semua geng PJJ KPM/OUM. K,nak sambung baca nota. Issam,kalau tak dapat jawab goreng je.Mana boleh taktahu,sebab dah nak habiskan.... Wasalam.


Post a Comment: