Alumni Maktab Perguruan Lembah Pantai

REUNION!



Image

PENDAFTARAN KEAHLIAN ALUMNI MPLP
"Masuk tanpa daftar, ibarat malam tanpa bulan"
|DAFTAR 'ONLINE'| |SENARAI AHLI|

  Kemaskini: 6 October 2009
...SEMBANG SANTAI...


Image

Image XMPLP di Facebook
XMPLP Group kini meriah di Facebook. Semua ahli digalakkan menggunakan kemudahan Facebook untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Group XMPLP telah diwujudkan untuk kemudahan semua berinteraksi tanpa gangguan. Member ekslusif, atas jemputan sahaja. Yang pasti, member yang aktif di sini pasti akan dijemput... Lawat www.facebook.com untuk jadi member. Jangan lupa masukkan nama mplp dalam profile, kami akan mencari anda di sana dan menjemput anda masuk Group XMPLP dengan segera!
Image  REUNION XMPLP 2009
Telah di tetapkan seperti di bawah:

TARIKH     : 19 DECEMBER 2009
HARI         : SABTU (Jumaat sebelumnya, 18 December adalah hari cuti umum Awal Muharam)
MASA         : 8.00pm - 11.00pm
TEMPAT      : HOTEL ARMADA, PETALING JAYA (Bertentangan dengan Hilton PJ, di Lebuhraya Persekutuan)
HIDANGAN  : BUFFET DINNER 
BAYARAN    : RM65.00 seorang
 
Sila hubungi zainal06@gmail.com untuk booking atau pertanyaan.
 

Image MESYUARAT AJK ALUMNI UNTUK REUNION KEDUA/2009
Semua AJK Alumni XMPLP diminta untuk berbincang tentang persiapan terakhir Reunion di atas. Maklumat mesuyarat seperti di bawah:
 
Tarikh : 21 November 2009 (Sabtu - cuti sekolah bermula)
Masa : 10.30 am
Tempat : Hotel Armada, PJ
 
Sila hubungi saya untuk kepastian dan kehadiran
 
Zainal Mat Aini
012-3080083
 

Image

Image  Image  Site Mirror dah update!
Klik saja sini XMPLP versi blogspot

Image  Nostalgia Reunion 08
+ Photo 16 Ogos (229 photo) sudah dimasukkan...ada banyak lagi yang akan menyusul. Klik sini [Reunion 16 Ogos]
+ Photo 17 Ogos (18 photo) kiriman nett sudah dimasukkan. Klik sini  [Reunion 17 Ogos].

 

Image  Reunion MPLP - idea hebat: Naib Pengetua MPLP
Tn. Hj Mohamad Ikhsan (Naib Pengetua 1988-1990) telah menjengah laman web ini dan telah menyatakan rasa bangga dan terharu beliau terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh kita. Terima kasih kepada Ramli atas usaha yang dilakukan. Sebelum ini Ramli juga telah meuar-uarkan kepada kita pertemuan beliau dengan Dr. Robiah K Hamzah. Kepada yang memiliki potret lama bersama Tn. Hj Mohamad Ikhsan, bolehlah diemelkan kepada web team untuk dipaparkan. Berikut adalah kata-kata Tn. Hj Mohamad Ikhsan yang beliau titipkan di blog XMPLP.
"Assalamualaikum wr. wb. dan salam sejahtera. Saya merasa amat bersyukur apabila dimaklumkan oleh Sdr Ramli Husin mengenai reunion XMPLP yang akan diadakan pada 16 Ogos akan datang. Tidak ada hadiah yang lebih hebat bagi seorang guru melainkan apabila dihubungi oleh bekas pelajarnya dan mendapat laporan mengenai kejayaan dan kebaikan yang mereka lakukan. Walaupun khidmat saya begitu singkat di MPLP (Oktober 1988-Jun 1990 sebagai Naib Pengetua, tetapi saya telah dipertanggunajawabkan oleh KPM untuk menutup MPLP pada 31 Mei 1990 dan menyerahkannya kepada UIA untuk dijadikan Pusat Matrkulasi. Kesannya memang sangat panas ketika itu. Daripada 1531 pelajar dan 130 pensyarah di bawah pentadbiran MPLP pada tahun 1988-1989, hanya 339 pelajar dan 5 pensyarah yang bersama saya membuka IPDA di Jitra, Kedah, pada 2 Jun 1990. Sebahagian pelajar dan pensyarah bertukar ke MPIK (Peng. Inggeris); MPSK, MPRM dan MPSAH (Peng. Cina dan Tamil). Pada tarikh yang sama jiran kita (MPI) berpindah ke Bangi. Semasa tiba di IPDA, UUM yang dijanjikan berpindah ke Sintok pada tarikh yang sama, gagal berbuat demikian kerana kempus barunya belum siap......... Kalau diteruskan, boleh buat buku lagi satu!"
Ikhlas dpd. Hj. Mohamad Ikhsan
SHAMSUDIN OTHMAN [MAYBANK: 101075303884]

Kepada yang berhajat, sila buat sumbangan melalui akaun di atas. Jangan lupa, sebelum deposit wang tersebut, hantar sms kepada Shamsudin dan nyatakan nama anda, kumpulan pengajian, dan jumlah sumbangan. Simpan slip bayaran sebagai rujukan. Senarai nama penderma akan dipaparkan sebagai akaun rujukan.
 
Anda semua dialu-alukan untuk melawat laman ini dan memberi komen serta cadangan, tetapi semua komen hendaklah disertakan nama penuh dan kelas di mplp dulu, sebab kisah tu dah 20 tahun, mungkin ada yang dah terlupa. Jadi minta kerjasama dan mohon maaf jika tersinggung. Semakin tersebar berita tentang website ini, rasanya semakin ramai kawan yang akan respond, tapi tentu ada yang memerlukan sedikit pengenalan diri.  Di sini dipamerkan nama-nama member sekarang serta contact no. Sila gunakan contact number ini sebaik-baiknya untuk tujuan re-union sahaja dan bukan untuk jualan langsung atau apa-apa kegiatan yang tidak bermoral dan tidak berfaedah.

Salam.
Web Team


Image

RELA MENDIDIK MEMIMPIN NEGARA
Memori Pelatih Maktab Perguruan Lembah Pantai 1987-89 (MPLP) Aksi mengancam para  pelatih pada hari-hari terakhir riwayat  MPLP sebelum di renggut usianya oleh Bahagian Pendidikan Guru pada 1990 dan dilontar jauh dari lipatan sejarah nun ke utara dan dilahirkan semula sebagai Institut Perguruan Darul Aman. Bangunan bersejarah itu kini dijadikan Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa. Namun siapa yang dapat memadamkan kenangan indah dan gila-gila MPLP, juga dikenali dengan jolokan Maktab Perguruan Lintang Pukang, Maktab Perguruan Lelaki Perempuan, atau Maktab Perguruan Lampu Padam? Lampu itu mungkin pernah padam, tetapi ingatan itu tetap segar di dalam ingatan dan tak pernah pudar!

Image

LAGU MAKTAB
Berdiri tersergam di lembah indah permai,
Maktab Perguruan Lembah Pantai,
Tempat putra putri menerima latihan,
Untuk khidmat di bidang pendidikan,
Di sini kami bergaul serta bekerjasama,
Antara pelajar pensyarah semua,
Belajar terus belajar tanpa jemu,
Melengkapkan diri sebagai guru,
Maktab perguruan tempat kami belajar,
Untuk jadi pendidik bangsa,
Kami guru pelatih tetap menjunjung ikrar,

Rela mendidik memimpin negara
-----------------------------